Friday, 18 February 2011

Mode : Penyayang


Kalau saya ada adik baby mcm ni, saya nak cubit2 pipi dia!

P/s: Cakap jelah, kalau saya ada ANAK..haha..malu sebenarnya nak cakap

Dendam Kesumat!

Kepada sesiapa yang berkenaan : Kuang ajo ko! aku nak terajang je ko!

Hari ini, aku kena tipu mentah2 dengan kawan aku. DRAMA SWASTA plak dgn aku.

Aku dapat msg mcm ni :

"Sorry, I kena pg amsterdem for 3 years. I dah rancang dari bulan 9. I naik flight Royal bla bla...Sorry sebab rahsiakan sbb I xnak orang lain tahu. Kalau Aiman tahu, I tkt i nangis golek2 kat sini"

Aku dengan penuh emo membalas :

Tipu r..haha..so funny...xkan r tibe2.i yg nak cari Uni pun susah, u senang2 keluar...bla bla bla....(akhirnya, aku tumpas dgn drama beliau)


Aku pun mendiamkan diri seketika tanpa mengucapkan selamat tinggal kepadanya. dah tekad gila nak merajuk 10hari, 10 malam sbb dia xbagitahu awal2 yang dia nak pindah Uni ke Amsterdem.

Tp ternyata, SHIT! aku kena tipu...dan xpasal2 aku digelar mamat jambu. Gelaran mamat macho selama ini, cair bagaikan coklat dibakar didalam OVEN!

Siap ko!! aku akan balas!

Tahukan Anda (3)?

Masjid ini juga, dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed. Masjid ini mmg femes dgn nilai sejarahnya dan terkenal pada zama empire Otthman. Masjid ini dikenali sbg masjid biru kerana interior didominasikan warna Biru.


Cuba kira, ada berapa minaret pada masjid itu??

Masjid lain, kebiasaannya ada 4 minaret sahaja. tp masjid biru ini mempunyai 6 minarets. ini kerana salah faham arahan yang diberi dari sultan kepada arkiteknya. Pada asalnya Sultan mengarahkan Arkiteknya membuat minaret2 itu dari emas ataupun dalam bahasa mereka ialah altin..tetapi, arkiteknya, salah anggap dengan menganggap ianya alti ataupun dalam BM bermaksud 6.


Thursday, 17 February 2011

Jual Beli 2 Benua

Semalam, aku baru tiba di Tanah Air..turun je kapal terbang, terus aku berdiri tegak dan menyanyikan lagu negaraku....semua orang yang ada disitu kehairanan (Maaf..Saya hanya Hyperbola sahaja)..

Hakikatnya, turun sahaja kapal terbang, tiba2 ada seorang menegur aku
"adik...train dah xleh guna dah..kena naik bus kalau nk g sana"
dengan muka toya dan letihnya, aku pun jwb.."baiklah..terima kasih kak"..


Ok..Dipendekkan cerita, smlm ptg, aku teman adik saudara aku pergi ke GIANT untuk membeli kerongsang..Harga yang dipaparkan disitu ialah 4 bijik rm10...argghh, aku mmg xtahulah benda2 perempuan ni. kisah apa pulak aku kalau dia jual 4 bijik rm10 ke apa ke..mmg aku xpakai, jadi aku xambil tahu..

adik saudara aku pun dgn pantasnya terus memilih kerongsang2 2 dan pembayaran telah dibuat...ok lega..malas aku nak tunggu lagi..belek punya belek pun dah berapa jam dah...bosan sudah aku menunggu..

ok, lepas 2, aku dan dia pun jalanlah2 dalam GIANT 2, sehinggalah aku ternampak, ada kedai lain jual kerongsang 8bijik rm10, direct dari kilang. aku pun tersengih Nakal..

aku pun mula menghasut adik saudara aku..

"Eh, kedai 2, jual 8bijik rm10 r..ko beli 4 bijik rm10..ko xtergugat ke? kalau ko beli kat sini untung..dapat double..kalau ada lebih, ko leh jual..design pun sama je" otak matematik aku mua bergerak2 untuk mencari keuntungan dan mengapi2kan keadaan..

Adik saudara aku pun terkebil2 "susahlah..kita dah beli...kalau xdpt mcm mana?"

"Eh, mana boleh..double 2..rugi nnt. Ala, kat egypt, senang je aku tukar. bak aku uruskan" aku terus menghasut.

Fuhhh...lama pulak aku dah xgaduh jual beli barang dgn pak arab..xada pak arab..melayu pun melayu r...

"Kak, saya nak pulangkan kerongsang ni...xjadilah beli...kira2 balik, mcm saya dah ari budgetlah" kataku kepada kakak yg jual 2..

"Dik, adik xboleh pulang balik lepas dah beli?"kata kakak 2 kepada aku..

"Asal lak, baru 5 minit je sy beli kat sini.. asal lak saya xleh pulang?? kat tmpt lain, ok je..saya xpakai pun lg. bukak pun belum" kata aku smbil menunjukkan kerongsang 2 dalam plastik..

"adik, saya dah rekod dah pembelian adik kat buku ni..nnt boss saya marah"katanya dgn muka yg marah..

"akak...ni kan ada liquid...boleh liquid balik...ni hah, ada je rekod yg akak dah potong.. sy nak pulang balik ni..kalau sy xdpt pulang balik, mcm mana sy nak balik naik taxi nnt?? xde duit" kataku dgn muka seposen...

"xbolehlah dik...dah beli xboleh pulang balik..awk cakap dgn boss saya ni" kata kakak itu smbl memberi handphonenya kepada saya.

"Salam aunty..saya td ada beli kerongsang..tp sy nak pulang balik..br je 5 minit sy beli..pakai pun belum..cuma saya xde duit nak balik ni"

" awk student ke? blaja kat mana?" tanya makcik 2 kepadaku

"ye..saya student..sy belajar kat egypt"

"Oklah..kalau mcm 2, awk ambil balik duit awk..."

"Terima kasih aunty..." aku tersenyum bangga kerana rasa kemenangan itu bpihak kepada aku..

Amik ko...yes...!!! aku memang...

kerek tul akak ni..boss dia ok je, akak 2 lak lebih2... dari beli td, muka kalah muka orang kena buasir...xmenarik perhatian lgsg..xpndi jaga hati customer..

Aku pun pergi meninggalkan kedai 2..

...........................................................................................................................

Aku mmg suka gaduh kalau beli2 barang ni..mungkin sifat 2 wujud sejak aku belajar di mesir..
Arab ni banyak menipu. kalau beli barang, ada je dia nak ketuk harga kat budak2 luar..kadang2 harga melampau2..contoh, harga asal seringgit, bila tgk orang malaysia je, harga terus naik rm10. Siapa xangin kan? siapa yg xreti gaduh, mmg slalu kena tipu jelah kat egypt 2..

walaupun mcm 2, tp yg bagusnya, egypt ni, kalau kita xpuas hati, kita boleh pulangkan balik barang yg kita tidak puas hati 2 wlpn kadang2 dah guna pun. siap kasi duit cash penuh. xada potong2 mcm kat malaysia..

Sebagai contoh, Aku pernah beli winter coat ZARA dgn harga 1000LE. Tp bila 4 hari 3 malam aku berfikir, aku rasa, ianya 1 pembaziran. aku pun mencuba nasib untuk memulangkan balik coat 2 kepada ZARA dan bawak resit kembali.. Xsangka! aku dapat duit aku full! Egypt is so awesome!!!

Pernah jugak, aku beli Begpack kat Adidas, jalan2 round2 1 shopping mall 2, tibe2 ternampak beg NIKE lg cun. aku pun berlari ke Store Adidas 2 dan pulangkan balik. 1 soalan pun diaorang xtanya. dan terus pulangkan balik duit aku secara FULL!! Bestkan egypt?

Masa aku pergi turki dulu pun, Turki lebih kurang mcm egypt, kita boleh pulangkan barang yg kita beli if kita xpuas hati. Xada masalah. Duit kasi Full. sampai aku naik segan..

Aku pun xpasti kenapa aku senang untuk berurusan dengan mereka bagi memulangkan barang yang pembeli xpuas hati berbanding dengan Malaysia, tanah tumpah darah aku sendiri?

Aku berfikir lagi...

Dulu aku beli handphone BB dgn cina, aku xpuas hati dgn keypadnya, senang je aku pulangkan balik. dia terus kasi aku set BB baru.

dalam hati aku, pandainya cina nak tarik pelanggannya.. dahlah muka dia xputus2 dgn senyuman..sejuk je hati tgk...

Aku berfikir lagi...akak td??

Muka mcm org kena buasir..
Dari beli smpi nak pulangkan barang pun, muka mcm kena buasir...Masam mencuka..
Senyuman mmg haram nak kasi..tgh2 deal pun, boleh main sms2 lg..panas tul hati..

oklah..aku pun try to think positive:
mungkin akak 2 betul2 kena buasir kot.. HAHA..maaflah kak....

.........................................................................................................................

Kesimpulannya
  • Janganlah Buat muka mcm kena buasir ketika deal dgn pelanggan.
  • Dalam undang2 perniagaan, customers is always right, walaupun pelanggan 2 salah. lama2 pelanggan 2 malu sendirilah
  • Harga xjadi masalah kalau layanan dia memuaskan hati.

P/s : Akak, kalau akak kena buasir, letak lah Vaseline kat tmpt buasir 2..hikhikhik




kalau saya ada...

kalau saya ada adik :

saya nak adik lelaki yg baru 1 tahun, fizikalnya yang gemuk, pipi yang merah. Alamak! saya mmg xpandai sikit main2 dengan baby ni. Tp saya suka. Saya suka picit pipi baby. tp bila depan orang, saya buat xheran pada baby 2. pahal dalam hati, rasa nak picit2 dan pulas2 pipi 2. saya pun xpasti kenapa saya malu sgt nak layan budak kecik kalau depan orang. mungkin sbb saya malu nk tunjuk. tp percayalah, kebanyakkan budak kecik amat selesa dgn saya walaupun saya sombong dengan mereka. hihi.. Sy suka kalau ada baby tidur kat lengan saya. xdapat baby pun, kucing pun jadilah. sbb suka kalau sy tgk tv, ada budak kecil duduk kat pangku saya.. sbb saya sy rasa nak picit pipi budak 2 budak 2 ada dekat je dgn saya. Saya suka kalau budak kecik mengadu kat saya walaupun saya xfaham apa yang di cakap. saya cuma layan dan cakap "alalala..ciannya dia..meh sini abg engok".. best2.. Saya juga suka menyakat budak kecik dan paling xlupa, saya suka peluk budak kecik kuat2.


Kalau saya ada isteri :

kalau saya ada isteri?? ermm..saya xpasti juga mcm mana layanan saya. Tp apa yang saya impikan. saya suka buat kerja sama2 dengan isteri saya. Mungkin sbb dulu sy selalu sorang2, tp bila ada isteri, sy kalau boleh dia masuk toilet pun, saya nak masuk jugak. temankan dia berak pun xpe. (ayat hyperbola) haha. kalau ada isteri, kalau boeh, sy xnak anak. Saya takut..xtahulah kenapa. mungkin jwpn sy skrg, sy xnak anak. tp xtahulah esok lusa mungkin saya nak 10 anak. :D Maafkan saya. saya mungkin workaholic satu hari nnt. kalau boleh, kalau isteri saya free, saya suka kalau dia dtg office saya, kita makan sama2! hihi..nnt kat office, saya nak letak gmbr dia kat meja supaya sy ada semangat nak kerja! chayok. kalau boeh, saya nak ajak isteri saya pg holiday.. "hey sayang..awk pun tahukan saya kuat jalan". sy mungkin xkan curang pada awk. tp nak memulakan semua 2, ambil masa. saya xpandai nak tunjuk dalaman saya pada awk.

kalau saya ada 100 billion USD :

kalau saya ada 100 billion USD, insyaAllah, saya akan sedekah sedikit kepada sesiapa yg dikehendaki. Saya juga nak tubuhkan tabung biasiswa untuk pelajar2 yg cemerlang dalam pelajaranya. Saya juga, nak bukak company yg besar2 dan ada Villa sendiri kat Dubai, dan mcm2. Sy nak ada jet sendri juga!!

Satu masa yang lalu






Wednesday, 16 February 2011

Tahukah Anda (2) ??

Kenapa kita digalakkan meminum susu selepas bangun tidur?

sbb badan kita semasa tidur berada dalam keadaan rest and relax dimana perut kita secrete juice yg bersifat asidic ketika itu. jadinya, dengan meminum susu, ia bertindak untuk mengneutralkannya kembali

Tahukah Anda (1) ??

  • Tahukah anda, bahawa, kita boleh membunuh anjing dengan memberinya memakan coklat.
Ini kerana, apabila anjing keracunan coklat, mereka akan diserangi sakit perut yang luar biasa disertai muntah bercampurkan darah dan berbau coklat. Mereka akan mengeluarkan air liur secara berlebihan dan gelisah. Rasa haus juga meningkat akibat cecair yang berlebihan keluar dari mulut. Keadaan akan bertambah parah lagi sekiranya mereka tidak diberikan rawatan sehinggakan boleh meningkatkan pernafasan dan air kencing yang mengandungi darah dan akhirnya mati

  • Tahukah anda bahawa, Kala jengking akan berasa marah apabila kita menuangkan cuka dibadannya sehingga dia boleh menyengat dirinya sendiri.

Cerita dari mimpi part 2

Setelah 3 tahun perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang comel lagi kiut miut mcm aku kecil2 dulu yang bernama Azfar.

Pada Awal perkahwinan mereka sangat bahagia. kalau jalan pun, nak pimpin2 tanggan, smpi nak langgar tiang pun, xnak lepas lagi. =.=" Lama kelamaan, perkahwinan mereka mula rengang. bukan kerana ada orang ketiga. tp kerana sifat cemburu Jass pada si Nina. Penuh dgn syak wasangka dan sebagainya. Tiada lagi Trust dalam perkahwinan mereka. Mereka kerap bergaduh, dalam seminggu mesti ada sahaja yang xkena walaupun pekara-pekara remeh.

Hari2 gaduh sehinggakan anak mereka, Azfar sudah berada di sekolah menengah. Azfar menjadi anti perempuan kerana dia tidak mempercayai lagi soal perkahwinan. jika ditanyakan soal perkahwinan pada azfar. azfar hanya tersenggih dan bertanya.. apa itu perkahwinan?? adakah perkahwinan itu membawa maksud kepada pertelingkahan? Kenapa perlu ada pasangan? kita boleh je hidup tanpa pasangan..

Azfar sudah muak dengan perangai emak dan ayahnya yang tidak henti2 bergaduh. makin lama, perasaan anti kepada perempuan dan perkahwinan semakin kuat dalam dirinya sehinggalah dia terjumpa seorang awek yg cun yang bernama Hana. Hana merupakan rakan tuitionnya. Tidak dinafikan Hana mempunyai tubuh badan yg cantik dan personaliti yang menarik.

Wah, gugurlah satu persatu moto hidup si azfar ni. dari seorang yang anti perempuan, mula berubah untuk mempelajari erti cinta dalam hidupnya.. Seperti kekasih2 lain, azfar melayan Hana sangat istimewa sehinggakan rakan2 lain mula cemburu. Tapi malang sekali, hubungan mereka hanya bertahan selama 1 tahun sahaja kerana Azfar secara tidak sengaja ternampak Hana sedang bercium dgn bekas kekasihnya di belakang stage selepas membuat persembahan Battle of the bands..

Perasaan dendam dan anti kepada perempuan semakin menebal, sehinggakan azfar berjumpa dengan seorang gadis yang bertudung yang bernama Zizie...Zizie seorang yang bertubuh kecil dan memiliki muka yag kiut miut (mcm cite kisah qaisara 2)


........bersambung...(letih type)

Tuesday, 15 February 2011

Cerita dari mimpi part 1


Pada 26 tahun yang lalu...di university of Wales..

Nina dan Jass merupakan peajar di university of Wales. Hampa bayagkan jelah muka si nina ni mcm ala2 lisa surihani dan si Jass ni korang anggaplah ala2 muka aku yg macho lagi tampan ini.(entah bila lagi aku nak berganding dgn lisa kan??) :P

Nina ni, masa kat Uni ibarat Hott stuff r.. smua suka dia..sbb perwatakan dia yang happening, Sopan santun, lemah lembut (Oh, Nasib baik aku masukkan Lisa surihani dalam watak ni..so Kasi UP sikit r puji2) membuatkan dia disenangi orang2 sekelilingnya. Manakala Jass ni pulak merupakan seorang peajar jurusan Engineering dan merupakan pelajar yang pintar Tetapi Pendiam dan kurang bersosial di luar.


Ramai yang tergila2kan si Nina ni, salah seorangnya ialah Jass. Jadi Jass pun mulalah menunujukkan kemachoan dia dengan Score dalam pelajaran. Masa 2, ramailah orang muntah dan menangis Darah sebab fail subject tersebut. Pehh, masa 2lah nina mula merasai kehadiran si Jass. Sedikit demi sedikit ulat bulu mula naik ke daun. Setelah ayat mengayat, utus mengutus surat, jallan berpegang2an tangan...mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

..........................................................................

Setelah 3 tahun perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang comel lagi kiut miut mcm aku kecil2 dulu. (haha..ambil kesempatan untuk memuji diri sndri )..

pada awalnya mereka..............


****ooppss..saya ngantoklah saya sambung esoklah..

Monday, 14 February 2011

Awak..

Awak Lawa,
saya takut nak pegang.
Sebab saya takut sy xdpt sentuh awk lg.

Awak cunlah,
Saya takut nak pandang awak.
Saya takut, saya ada niat jahat pada awak.

Awk ni Ayulah,
Saya takutlah kalau kita jumpa, saya xboleh kawal perasaan saya.

Maafkan saya sbb sy bnyk buat salah pada awk,
Saya xfikir panjang sebelum buat.
Sekarang saya hilang awk,
ternganga jelah..

Awak cun, awk cantik, awk ayu, awk lawalah...single hari ni, esok ramai mengorat.
saya rasa insecure. Saya takut hilang awak.

Saya janji akan jadi orang yg hebat suatu hari nnt. Wlpn mungkin masa itu sudah terlambat untuk pujuk awk, tp sy nak buktikan yg sy bukan budak Setan

Izinkan saya berwuduk

Marah itu api,

Kalau marah, muka pun merah berapi,

Syaitan itu api,

Punca kebakaran pun adalah api.


Api itu panas,

Air itu sejuk,

Api dapat dipadamkan dengan air,

Jadi, izinkan saya berwuduk dahulu.

Sempurna

kau begitu sempurna...
di mataku kau begitu indah...
kau membuat diriku, agar selalu memujamu...
bla bla bla...

( ok2..stop...sakit tekak nyanyi2 ni )

ok, topic hari ini ialah Sempurna, masa bercinta nyanyi lagu ni, bestlah, awek cun lg..slim habis gitu..tp bila dah 10 tahun kahwin, alignment bnyk lari, sana ternaik, sini ternaik..apa orang cakap, nak pandang pun dah xada selera..

kalau sebelum kahwin, nak jalan pun peluk2 pinggang...tp lepas kahwin, sorang depan sorang belakang..xromatik gitu..tp bila aku fikir2 balik, logic gak kalau dah kahwin, kalau berjalan, ada gap sikit..dah xboleh nak peluk2 pinggang...kalau nak comparekan saiz b4 and after kahwin, mmg jauh beza! hahaha....kalau nak peluk pun, kena buat 2 pusingan.. :P

apa maksud sempurna?

aku rasa sempurna ni maksudnya subjective. setiap orang mempunyai idea dan pandangan masing2..

ada yg rasa sempurna 2, bila dapat bini secantik maria ozawa dah cukup sempurna, walaupun lepas 2, terpaksa makan nasi dgn ikan masin je.

tapi sejauh manakah cinta berdasarkan ciri fizikal dan paras rupa?

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimm'd;
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou owest;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou growest:
So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee.


bg aku kecantikkan itu adalah dari dalaman..sbb kecantikkan dalaman itu adalah kecantikkan yang kekal isnyaAllah..sedap je mata memandang, kalau bini kita 2, sopan santun, lemah lembut. cintalah seseorang itu melalui hati, bukan kerana paras rupanya, kerana kecantikkan itu akan luntur juga 1 hari nnnt. xguna jugak kalau dapat bini secantik maria ozawa, tp biadab.


Happy Valentine's Day

Jika hari ini, anda meniduri kekasih anda...

Anda akan dapat berita gembira pada 10 Mei ( Hari Ibu)...

Anda juga akan dikurniakan cahaya mata pada 14 Nov (Hari kanak-kanak sedunia)..

Jika dilihat dri aspek perubatan, anda DINASIHAT tidak meniduri kekasih anda pada hari kekasih

kerana anda akan menerima berita buruk pada 1 Disember (Hari AIDS sedunia)

Sunday, 13 February 2011

Munafik cinta



"Sayang, kita nak jalan mana lagi ni?"
smbl berpegang2 tangan. sangat mesra..sambil usap2 tangan perempuan yang lembut itu.

"abang.." sambil leretan mata yang mengoda..si teruna tidak tertahan lagi..maka diraut kemas pinggang si dara sambil membisik2 kalimah cinta.

mereka terus melangkah, berjalan memegang erat tanpa menghiraukan padangan orang lain. debaran dihati dan bahang panas cinta mula membuak2...membisik si teruna kepada si dara agar melepaskan nafsu serakah. Syaitan mula mengoda. saat itu anak adam itu alpa akan tanggung jawabnya sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini..mereka dibuai dengan perasaan cinta sehingga tiada lagi iman didada..

"sayang...kita rehat jelah kat sini..dapat rehat2, hirup2 udara segar smbil bermanja2" usik si teruna kepada dara.

Si teruna terus memasang jerat untuk memerangkap si dara..tujuannya hanya ingin membuktikan rasa cinta, ingin meluahkan rasa sayang dan rindu yang membuak2 di dada. Si dara mula sedikit demi sedikit, merelakan diri. merasakan bahawa ituah jodohnya, itulah takdirnya. Setelah dia begitu yakin bahawa si teruna itulah cinta sejatinya.

Cinta perlu mengorbanan. Itulah pengorbanan si dara kepada siteruna untuk membuktikan cintanya.

"sayang...saya akan bertanggungjawab atas apa yg berlaku selepas ini" janji si teruna kepada si dara

lalu, mereka hanyut dijalan yg gelap lagi menjijikkan.

3 bulan kemudian :

Dara : sayang...i pregnant...mcm mana ni?

Teruna : Nasib kolah, ko yang pregnant..bukannya aku..entah2, anak orang lain..kalau dgn aku pun ko boleh buat, dgn orang lain, apatah lagi.

Dara : tapi..dulu awak dah janji nak bertanggungjawab..

Teruna : arggghh!! senyaplah..yg ko bodoh sgt percaya kata aku apasal...berambusah ko.

si dara pun menangis teresak2...menyesal apa yg sudah berlaku..tp apakah daya. nasi sudah menjadi bubur.

..........................................................................................................................................................................

Maaf, penulis tidak cukup romantik untuk menulis adegan2 yang panas untuk dibaca. :D



Say NO to VALENTINE's DAY!


perempuan oh perempuan..


perempuan oh perempuan, kenapalah kau susah tuk difahami..


bila aku puji perempuan itu cantik, orang kata aku gatal
bila cakap buruknya perempuan 2, orang kata, aku mulut laser

Pelik!



bila aku ingin menegur perempuan, orang akan kata aku gatal

bila aku tak tegur, orang kata aku sombong.

Aku binggung!



Bila aku jaga batas pergaulan dgn awek, aku dikatakan xromantik...

tapi, bila tangan aku mula merayap, orang kata aku mengambil kesempatan

aku buntu!



Bila aku mula ada sifat cemburu, orang kata aku cuba nak mengongkong...

tapi bila aku buat xkisah, orang kata, aku xambil berat kat dia..

aku keliru!


bilanya aku boleh memuji?

bilanya aku boleh menegur?

bilanya aku perlu romantik?

bilanya aku boleh cemburu?

aku cuba mengoogle satu persatu masa dan tempat yg sesuai..tp tiada makna...

wanita...kau mmg rumit..

menyingle sahajalah :D

Typical Malay

ceh! mesti siapa yg baca tajuk ni, mesti marah. tujuan saya bukan untuk mengutuk bangsa sendiri, cuma sekadar ingin memberi pendapat dan cerita serba sedikit, apa yang dimaksudkan "typical malay".

Are you typical malay??

panas jugak r badan kalau kena soal mcm 2, darah pahlawan melayu aku mengalir ke seluruh badan. ceh. apakah itu typical malay yang dimaksudkan orang?

Typical malay guys:

kalau tanya perempuan yg baru break atau putus cinta, mesti dgn nada marah, dia akan cakap "semua lelaki sama je" duuhh!! kalau benda 2 xsama, xkan orang panggil lelakikan, kalau leper, dah xpanggil lelaki dah. itu namanya perempuan.. ( maaf content ini agak biru sedikit). ok, berbalik kepada typical malay guys. apalah orang lelaki melayu ni buat smpi korang boleh kategorikan mcm 2 sekali..

oklah, aku rasa 1 kelemahan malay guys ialah money management. orang kita ni, pantang ada lebih sikit. ada duit lebih sikit, mulalah berjoli sana sini, beli rokok bertan2, main perempuan., nak tukar hp lah, laptoplah, keretalah, sport rimlah, smpi kan kebini2 pun, kalau boleh nak tukar jgk. heh! hipotesis yg boleh dibuat, semakin bnyk duit "typical malay guys" semakin banyaklah bini dia.. hehe. apa lagi eh? oh, typical malay guys ni jugak suka cakap benda lucah. percaya atau tidak dalam 10 orang lelaki melayu, 8 orang dari mereka akan selalu cakap benda blue..fuuh, bila dah naik stim, xtahu pulak nak lepaskan kat siapa..siapa yg ada awek, nasiblah awek dia 2..meraba sana sini..mula2 cuit sikit2, lepas 2, cium pipi, cium mulut, isap lidah..lama2, ada anak luar nikah. lepas 2, menyusahkan orang...buang anak merata2...aku rasa, pihak malaysia perlu buat 4 tong untuk recyle bin..untuk plastic, kertas, kaca dan janin..=.="...sape yg single pulak, bersabun2lah kat toilet..buih sana sini...lepas 2, cover2..."rajin anak mak basuh toilet". haha. budget anak soleh konon....insaflah wahai2 typical malay guys.

Typical malay girls??

pehh..mulut typical malay girls ni yang xboleh tahan. ngumpat je 24 jam. xngumpat kutuk, dengki mendengki..xpuas lagi, fitnah mengfitnah. kubur masing2lah babe. kalau orang 2 buat salah ke apa, xpayahlah korang pulak sibuk2 jadi wartawan sampingan..interbiu sana sini..kepoh gila typical malay girls. antara mulut typical malay girls dgn buntut ayam, aku rasa, mulut typical malay girls ni yg xberhenti2 bergerak..pot pet2...keluarkan kata2 busuk pulak 2. busuk dalam iman..kata2 busuk yg xdapat dizahirkan. haha..hanya dapat dihidu melalu dalaman. ceh! jgn marah..tp malay girls ramai lawa2...cuma typical malay girls je mulut dia busuk.

typical malay girls bnyk lack pasal mulut je. aku rasa, mgkn dia rasa ngumpat tu mcm gotong royong kot. saling membantu nak pass2kan cerita. seronok kot main telefon buruk...


apa yg aku tulis di entry ini hanya berdasarkan pendapat aku dan pendapat rakan2 lain. xada niat untuk memburukkan bangsa sendri. cuma, jgnlah smpi orang luar anggap typical guys n girls mcm 2..kita cuba tukar mind diaorg yg typical malay n girls ni cantik, handsome, sopan santun n menghormati orang lain.