Sunday, 27 March 2011

nasihat aiman

Imran, u need to distance away from her

push her aside

stay away from her

cut her off

every little small thing that u know abt her is like chopping urself

Sunday, 20 March 2011

Penipu durjana

Wahai si penipu durjana,
Tahukah engkau halal haramnya?
Sibuk berkira harta didunia,
Menipu orang sini dan sana,
Akhirnya diriku yang sengsara,
memikirkan duitku entah ke mana.

Wahai si penipu durjana,
Mencari mangsa di mana-mana,
Melaburkan janji sini dan sana,
Aklulah juga mangsanya.

wahai si penipu durjana,
semua permainanmu sudah ku baca,
Cukuplah engkau bedrama swasta,
kerana aku sudah tidak percaya.

Listen to this song

MY FAV SONG

Sungai Lui - Aizat


Maaf. saya xromantik

"wahh..asal semua pasal love ni?" tanya kawan aku kepada aku sambil pandang phone aku dgn muka aku berkali2. "jiwang seh ko"

"ahh..shutup" kata ku dgn malu2. "bak sini phone aku!"

aku suka baca poem n tulis poem jugak. aku pernah menang menulis poem pada zaman2 sekolah dulu. tp orang xtahu sgt bakat aku ni. sbb aku buat untuk aku je.

Aku suka seni. aku suka melukis. sbb melukis ni, kita rasa bebas nak lukis apa yg kita suka. lukisan jugak dapat meluahkan apa yg kita rasa. tp sayang..hobi aku 2 terpaksa dihentikan sejak aku berada di negara padang pasir ini.

Aku pun kadang2 xfaham dgn aku. sama ada normal atau tidak perasaan ini. aku berjiwa seni, tp kenapa aku xpandai nak bercinta. cinta itu jugak salah satu seni.

Bukan nak cakap, aku ni baik sgt. suci gila..tp hakikatnya, mmg aku xpandai bercinta.

Lovey Dovey couple? aku rasa benda 2 mcm bullshit.. kau bersayang, berbaby2..tp kalau gaduh, kau maki2 dia, cakap bukan2. is it sign of love? ahh..mengarut..

bagi bunga.. oohh..so sweet (kata2 perempuanlah). tp bg aku, baik kasi bunga kobis, sekurang2nya ko boleh makan. dan yg penting, murah dari bunga ros yang apa kejadah harganya.

tp orang kata : euww..xromantiknya.. ok..ayat2 cover ( sy syg awk..sbb 2 sy kasi bunga kobis..supaya awk sihat bila makan sayur) ohoho..cakap je r nak jimat duit poket..

Ok2..2 pasal bunga...oklah..xcukup romantiklah kalau kasi bunga kobis..

lovey dovey ye?

ok..teknik pun aku pernah try..sebelum call..ok..dah tulis kat kertas dah apa nak cakap ni..ok..susun punya susun ayat..kasi baik punya..alih2, bila call, semua dah xingt. terus diam. guna kau aku. euuww..skali lg aku dikatakan xromantik..

ok...sekuranya2, bila saya marah, i never call u babi mcm orang lain. orang lain, berbaby2, but bila marah, diaorang panggil u babi. so u nak mana? oklah, i xromantik.. -.-

lagi lagi?? Card..

I ask my friend..nak beli card yg mana ye tuk awek?? (time dulu2 r) my friend said..dont buy bro..just make it by hand made. (hahaha. kata jelah ko pun nak jimat. give me 5!)

ok, handmade. aku pun try r buat. shitlah. main2 dgn gam. aku benci gila gam. koyak kertas sana sini. tampal sana sini..finally!! hodohnya kad ni.. ahh..lelaki buatkan..aku mana reti benda2 mcm ni..lg2 libat gam. mmg ampunlah..aku xreti handle gam..

maaflah kalau card 2 buruk. saya pun xtahulah nk tulis apa kat situ..sbb saya mmg dilahirkan xromantik.

Bear? aku mmg xtahu lgsg pasal bear. mmg aku xmain bear2 ni..mmg zero lgsg pasal bear. "U suka bear apa?" Russ bear. damn! apa kejadahlah russ bear 2. aku terus call kawan aku, "bro, russ bear 2 apa?" kawan aku dgn banggangnya jawab bear dr russia kot. aku mana tahu. jawapan yg xmenolong lgsg. sengal. aku pun sms kawan aku lg 1. "russ bear 2 apa?" kawan aku pun dgn bijaknya balas "russ bear 2 jenis bear. ko pglah hallmark ke, toys r us mesti ada"

Oklah..ni br 1st time, aku rasa dia suka. rasa jelah. confident gilakan? entah2, dah kat tong sampah..

saya mmg dilahirkan tidak romantik. dah try mcm2, tp still xromantik lg.

Maaf sekiranya saya layan kamu-kamu dgn teruk. sy masih dalam process belajar.

tp sekuranya2, masa perkenalan kita, saya belajar mcm2. apa yg kamu2 suka dan apa itu bunga. nak kasi card mcm mana? type2 bear..benda 2 semua ilmu dan skill. maaf..saya xkuasai lg.



Stress

emm..lambatnya benda alah ni. janji kalah janji kaf lam ya nga. aku pun tidur sekejap kerana sakit kepala yang melampau sambil computer ada di dada.

PAAAAPPPP!! bunyi sesuatu jatuh dari katil. aku mengosok2 mataku yang kecil ni.. emm..laptop jatuh..aku betulkan balik laptop itu dan samybung tidur..selepas 30 minit tidur, tibe2.. handphone nokia lamaku berbunyi..

ahhh!! sape pulak call ni. kawan aku dari zagazig telefon. tet tet tet tet! bunyi SMS masuk..
"mad, boleh x?" aku pun mereply sms dia. oh, inbox ku penuh. waiting sms bnyk nak masuk. oklah, handset capok je.

aku pun sedar dari tidur. aku check email aku. Shit. gawat2. mula rasa mcm nak maki2. makin lama, makin kurang ajar. Stress aku. aku mula call helpline. ohooo..selamba badak je jawab, maaf, ada masalah sedikit. ewaaahh, senangnya cakap. itu je jawapan ko boleh kasi? errgghh..geram geram. aku rasa, mmg nak bertumbuk dgn ko skrg. sabar jelah. sumpah lepas ni, aku boikot ko. pg mampus ko kafir jahanam.

Sunday, 13 March 2011

Nervous

Nervouslah..
tkt fail..mcm2 kat kepala..
kenapa tidak buat2 xtahu je kalau tserempak?

"u shud try" kwn2 aku ckp,
hmm...tp kalau fail mcm mn?
klu aku sedih blk mcm mn?

aku thu diri aku..
ada org ckp, klu kita simpn, mcm jihad,
betul ke?
aku xtahu..

Friday, 11 March 2011

Hoyeh hoyeh..

MODE : SENYUM SAMPAI TELINGGA!


Im very happy today.
Rasa happy 2 sampai ke hati.
Rasa complete.

Happy smpi ngs,
Result SPM keluar pun, aku xngs,
baru aku tahu, kenapa orang bleh ngs wlpn happy,
ini baru benda kecik,
tp aku dah happy sgt.

tp dalam masa yg sama,
aku tkt aku akan kecewa jugak.
hmm..xsabar nak tunggu..

Surat untuk bakal isteri

Look in the mirror and you will see the most beautiful woman in the world sayang..

Sayang, I love your smile. It lights up this room, it lights up my life, and I can not imagine a day without it. When we fight, it becomes dark and I can’t think straight until we figure things out. I don’t want to miss your smile for one more minute.

can i kiss u for 10 seconds everyday sayang...in the morning..before breakfast or before we take a bath together? :)

I want close to you and whisper those sweet and romantic words of love i your ears sayang..may be before we going to sleep.

I nak bawak u pergi jalan2 seluruh dunia..i will study hard and work hard also..but please sayang..please promise to me that u will be always with me?

I want to be ur syah jehan, i want to be ur romeo sayang..walaupun xmampu membina seindah taj mahal, but i akan berusaha untuk dapatkan sebuah maghligai untuk u.

But for now...please take care your self. i even dont know who you are. but i love you so much sayang..

Tolong jaga maruah u sayang, dont let other boys hurt you and touch you besides ur muhrim. Sayang.

ermm

Kadang2 orang xtahu apa yg kita rasa,
Konon mcm tahu, buat2 tahu,
Konon faham apa perasaan kita,
Tp habuk, baik diam dari terus bersuara,
sbb aku xnak dgr suara2 sumbang itu.

Ibarat pikul 1 kesakitan didada,
Walaupun sakitnya dari batin, tp dapat dirasai dgn zahir,
Baik kalian diam, kerana ianya hanya menambahkan kessakitan..

Aku inginkan dunia yang senyap dan harmoni..
bukan kerana aku sombong..
tp sudah fedup hidup dgn langau2 sekeliling,
yang hanya memecah kesunyian hari..

Biar aku hidup seorang,
kerana sunyi itu dah sebati dgnku.

Tuesday, 8 March 2011

Haha

Apa ni?

"Ma..jom makan tuttifrutti..sedap.."
"I ada baca kat paper, tutti frutti diragui halalnya"

hmm..sekali lagi..satu persatu benda nak kecoh. rasa mcm duduk kat negara kafir pulak. sana sini xhalal. hey, betul ke xhafal? atau ini fitnah? Dulu kfc kata xhalal, lepas 2, mcd, lepas 2, tutti frutti. Apa semua ni? jd apa yg kami makan selama ni xhalallah? kenapa xkaji dulu sebelum benarkan mereka berniaga. xfahamlah. manusia akhir zaman. halal dan haram makin kabur2. benda yang halal, diharamkan. benda yang haram, elok pulak dihalalkan. contoh mcm kapel :P

Manusia skrg pandai manipulate hukum hakam. masing2 nak jadi hero. Masing2 hebat berkata2. Kadang2 aku terfikir, kenapa susah sgt.. kenapa rumit sgt. Agama islam itu mudah. Manusia sahaja yang menyusahkan. Sebagai contoh, salam. ada orang tegur aku, eh, jgn cakap salam. kena cakap penuh. aduh2. gawat ini orang.

"cik2..kalau saya kasi msg A'skum, awk baca mcm mana?"

"erkk..assalamualaikum"

"oh..bijak jugak awak ni..sy ingt awak baca akum2" sindir saya..

membara jugalah hati, bila rasa, benda yang simple pun orang nak pertikaikan. sbnrnya, kita diHARUSKAN menulis dgn penuh, tp xsalah jika guna singkatan untuk mempermudahkan penulisan. Jgnlah bila saya tulis ASKUM, korang maksudkan pelik2. yg penting niat dalam hati yg kita ingin sampaikan. Jgn susahkan benda yang senang. ok?




Monday, 7 March 2011

Bila jiwa kosong

File ni aku xnaklah...Ok. click kanan and pilih delete. xpun, drag file 2 ke recycle bin. Senangkan? Kenapalah otak kita xmacam itu jugak. kita cipta komputer, tp diri kita sendri xboleh nak handle.

"tuan, meh makan breakfast, dari smlm xmakan. makan dgn bibik sini"panggil pembantu rumahku.

"hmm..nntlah bik..xlapar lg"

"mahu milo? biar bibik buatkan"

"Xnaklah..buatkan jelah air ribena dalam botol"

Kring kring...Phone rumah berbunyi.
Aku cukup benci bunyi telefon berbunyi. xtahulah kenapa. mungkin aku rasa, bising sanga

"Tuan, ayah tuan nak cakap"

hmm..ok.. Hello..

tgh buat apa 2? dah beli tiket belum?

Xbuat apa2..hmm..(aku mmg xsuka orang tanya2 aku mcm ni)..belum..nntlah beli..

Nnt Zohor jgn lupa solat..jgn amik mudah pasal solat..kalau kita xjaga solat, nnt tuhan xsayang.

Ye2..nnt aim solat..Ok??

Waktu2 sekarang ni, solat Duha kan bagus..kalau kita rajin solat, kita akan dapat nikmat solat, ketenangan di hati..

Ye pa...nnt aim buat..(hmm..setan mula menghasut.."jgn solat2..kita buat2 keja laghro je"bisik syaitan kepadaku)

hmmmmm........ketenangan?? hmm..aku xtenang sekarang...aku banyak kearah duniawi..Hiburan..Walaupun, aku xbersosial teruk, tp aku sedar, aku ada sifat2 materialistik. Sampai mimpi pun, mimpi bermain saham.

Apa yang aku dapat? Apa yang orang lain ada, kebanyakkan aku ada. mmg xdinafikan, kehidupan aku mewah. Tp kosong..

Orang kata, jiwa yang kosong, senang nak masuk benda2 pelik..mungkin betul jugak. Aku skrg tiba2 berubah jadi baran. kalau dulu, aku mmg terkenal dgn sifat suka bergurau..tp skrg, aku serious..kadang2, sedar yg kawan2 sedang buat lawak...aku senyap..

pada suatu hari

"Imran..nape ko ni? dah xjahat mcm dulu? diam je. makin naif aku tgk"tanya kawan ku

"heh? hahaha..mcm sama je..ala, kitakan lama xjumpa..malu2 kucing sikit"

mengada2lah kau. kau malu dgn aku? kita kan mcm adik beradik dah.

aku hanya senyum..ya..aku akui. kolah sahabat aku yg baik. dari sekolah lg aku kenal ko. dan aku yakin, ko kenal hati budi aku.
....................................................................................
Bluup~ bunyi SMS masuk..(aku pun check hp adik ku. memandangkan aku pinjam hp dia sementara aku berada kat malaysia)

Imran..makcik aku nak num ko..aku kasi tau. i think she might call you?

errrkk...awat nak call aku?? segan pulok. nak meminang aku ke? kalau kawan2 aku tahu. habis aku kena bahan ni.

"ok2lah...tp aku ni malulah. ko kasi jelah num adik aku ni. senang sikit".(aku balas sms dia)

"Good Boy. Muahxxx Xoxo" kawan aku reply balik

errkkk...muahxx xoxo...gedik! perempuan. biasalah. dalam sms pun, nak tunjuk action.

......................................................................................

Ok..berbalik kepada hati yang kosong..mcm maana nak ubat hati yang kosong?

mmg betul, kalau kita rasa gelisah, kosong...kembalilah kepangkal jalan..

dulu, aku xnmpk manisnya nikmat solat..tp bila dah lakukan. aku rasa ketenangan.. ketenangan yg aku cari selama aku hidup dalam kekosongan.. nikmat 2 kita xnmpk, tp kita boleh rasa.

oleh itu, jagala solat anda...ok, sampai disini sahaja..


Sunday, 6 March 2011

Jalan2 KL

Kalau Saya sesat, tolong tunjukkan saya jalan.
Sbb saya perlukan signboard untuk terus menuju kehadapan

Area rumah lama - Bukit Damansara!!
Miss this area!!

Masjid Wilayah. Salah satu masjid yang seni binaanya seiras dengan masjid biru Turki

Cerita dari hati Part 1

"Jgn simpan..nnt makan dalam. Kalau xpuas hati, cakap. jgn simpan je. nnt dalam sakit" pesan mak aku kepadaku.

"Move On..Jgn mcm ni" nasihat beberapa kawan2 kepdaku..

......................................................................................

Nak dekat setahun berlalu, tp sakitnya, aku sorang je tahu. Yes, aku marah sampai sekarang. Masing2 berebut nak jadi hero n heroin. Muak aku tgk. Belajar kat egypt, ibarat belajar di pentas theater. Setiap orang ada seni lakonan masing2.

Bukan semua orang boleh jadi kawan. dalam kalangan kawan itupun, ada lawan.

Scene 1

T : Aku slalu nmpk, ko slalu sms dgn A

I : kitaorg dah rapat sikit. J suka A?? Hmm..

T : J suka A. J berubah jd baik bila dgn A.

Scene 2

I : Bro, ko suka A betul2 ke?

J : Lu pahal. Aku xcari gaduh dgn ko kan

I : Kalau ko suka dia, ko kejarlah dia smpi dapat. Jgn give up.

J : Fuck ko r.. bla bla bla

**Hey, do u know, what i felt that day? I like A..tp masa 2, hubungan hanya kawan masa 2. Aku try xjadi selfish. If J boleh berubah bila dia kenal A. A shoud give him 2nd chance. kadang2, 2nd chance boleh buat orang 2 berubah jd lebih baik dari apa yg kita harapkan..

Keesokkan harinya:

F : hye..buat apa??

I : xbuat apa2..asal? nak korek2 rahsia pasal aku n J? (I hate F so much. Sorry F. i cant hide anymore)

bla bla bla..perbualan kosong yg aku xingt..

N tibe2, F's BF sound aku : Jgn kacau awek akulah. bla bla..
(Blah..mcm lawa je muka awek ko 2. Muka lawa pun, kalau mulut bau longkang pun, buat apa)

For me, F is like a Dajjal of my life. I never Never like her. I hate her so much. In malay, we call talam dua muka. Shit. I really hate that kind of person. Depan baik, belakang kutuk2. Come on F, if u dont like someone, pastikan ur action depan n belakang sama! ok? Jgn depan, konon2 care, tp belakang, nak kutuk2. tp aku rasa, ko ni, jenis talam pyramid. yg bermaksud,, talam 3 MUKA.

Sejak itu

I VS J & F & F's BF



Friday, 4 March 2011

Luahan Hati

Luahan hati si A kepada Si B

Sombonya dia 2.

Membisu je dari td.

Xada mulut agaknya..

Sombong sangat. Cas Best je

Mcmlah hebat sgt.

Sombong! dia ingt dia bagus sgt ke.

Belagaknya. Annoying gila!

Senyap sgt, xreti hormat ke?

Xreti nak tanya khabar?

Xberadab lgsg.

Bisu ke dia ni?



Luahan hati si B kepada si A

Xbermakna kalau saya diam, saya sombong, mungkin saya pemalu.

tolong kasi Stimulus tuk saya bercakap!

Kalau ak xtegur, saya xtahu nak cakap apa.

Maaflah, saya xperamah.

Jgn samakan diri saya dgn semua orang.

Kita dalam enviroment yg berbeza.

Jgn samakan enviroment awk dgn saya.

Mungkin, awk ni dari enviroment yg ramai, riuh rendah.

Tp, saya xbiasa. Saya biasa senyap.

Kalau awk dalam enviroment saya, tiba2 awk potpet2, saya akan cakap awk GILA.

Boleh x, saya panggil awk GILA??

Sama juga, bila awk panggil saya SOMBONG.

Fairlah kan. Awk GILA, saya SOMBONG.




**Hehehe....Ayat kat atas menunjukkan dua pandangan yang berbeza..Moral of the story, kita jgn senang2 nak judge orang itu ini. kenal dulu. xkenal, maka xcinta :D mungkin si A ni dah biasa hidup bising2 n ramah2...tp mungkin si B ni enviroment dia orang yg diam2..jgn salahkan masing2..Kita cuba memahami dan belajar mereka! ok?? Peace No War




Thursday, 3 March 2011

Aku menaiki kereta BMW x5, sambil mendengar lagu yang bertajuk talking to the moon. dan masa itu jugak, aku sedang bercakap di telefon dengan rakan baikku.

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Kereta! Kereta! Stop!!!
BOOM!!
tuut --- tuuttt ---
(Panggilan terputus)

Aku memejam mata.

Ya Allah, aku belum bersedia untuk mati.

Aku xtahu apa yg sedang berlaku.

Apa yang aku tahu, Airbag sudah menghimpap dada ku dgn kuat.

Semuanya berlaku dengan sekelip mata..




Gelap

Aku terheret di lorong yang malap,
Di deretan manusia yang gelisah,
Duniaku semakin lama semakin gelap,
Lalu, batinku menjadi parah.

Oh, Tuhan, dgrkanlah bisikanku ini,
Akuah pengemis cinta, cintamu yg mutlak lagi hakiki,
Tak ingin aku ulangi lagi,
Dosa-dosa yang hanya akan memakan diri.


Kata-kata itu DOA

Kadang2 saya terfikir, kenapa manusia akhir zaman ni bertindak mcm binatang.. kalau dikaji2, mungkin orang akan cakap didikan ibubapa, kurang kasih sayang dan bla2.TAPI itu adalah faktor yang besar. Pernahkan anda fikir faktor2 yg kecil yg menyebabkan berlakunya faktor2 besar itu?


Sebagai contoh, cerekarama 2 minggu lepas di mana, NAMA juga memainkan peranan yg penting. Ini kerana, Kata2 itu doa. sebagai contoh, kita panggil orang itu Mamat sedangkan nama dia Ahmad Muhammad. Mamat bermaksud mati. Mati xsemestinya terpisah roh dari jasad. bagaimana pula mati dari segi hati dan perasaan? Hati yg gelap, hati yang mati untuk terima benda2 yang baik.

Selain nama, perbulan harian kita juga memainkan peranan yg penting. Contoh kita lemparkan kata2 kesat itu kepada kawan kita "Kau ni babi. perangai mcm binatang", mmg dia xkan jadi babi on the spot! tp bagaimana jika suatu hari nnt, hati dia benar2 menjadi seperti binatang? Buat jenayah sana sini tanpa belas kasihan.

Awek itu Awek ini


A : Aku sayanglah awek aku..

B : Ye ke? Sbb apa?

A : Dia sempurna dimata aku. Sbb dia lawa, cun, sexy, mmg the bomb r!

B : Ooo, mcm 2 ke maksud sempurna?

A : Cun, sexy, baik budi perketi mmg dah sempurna bg aku.

B : Ooo..mcm 2..aku xtahu..awek ko lawa ke? sexy ke? tgk sikit?

A : Ni hah (sambil tunjuk gambar)

B : Kau sayang gila ke awek ko 2?

A : Mestilah! aku boleh mati tau kalau xde dia

B : owh ye ke? tp kalau ko sayang dia, kenapa ko tunjuk gmbr sexy dia kat aku? Kenapa ko pegang2 dia?

A : Lek r bro..kita ni muda mudi ni..xkan ko nak jadi pak2 alim pulak

B : laa..aku ni tanya, sbb aku ni xtahu.. mmg mcm 2 ke nak tunjuk kasih sayang?

A : Ala bro, test2 aje..aku suka dia manja2 gitu..xkan test2 pun xboleh..

B : ooo..test2 mcm benda pulak..kiranya awek ko ni mcm ada display setlah?? boleh test2 lg

A : Hoho..bro...mulut 2, jaga sikit ye...kang xpasal2 kena bantai..

B : Lek r bro...aku xtahu... 2 yg aku tanya 2...Best jugak kalau kita boleh test2 benda display setkan..kot2 tkt tersalah beli ke..

A : ermm..apa maksud ko??

B : xada apa2..cuma, ko suka ke kalau adik ko, anak perempuan ko, orang jadikan mcm display set? boleh pgg2, raba sana raba sini..best wow...

A : errkkk...

B : ala..bro..gugup pulak dia..lek r...aku pun laki..nafsu ada 1.. sama jugak mcm ko..kalu ko suka beromen, aku pun suka gak...haha..tipulah kalau aku ni xada nafsu lgsg..cuma konsep sayang ko 2 salah r..

A : maksud ko apa mad?

B : Kalau kita sayang orang 2, kita kenalah jaga dia. Jgnlah jadikan dia mcm display set, yg orang2 lain boleh sentuh. xsyok r. kalau ko beli barang, ko nak beli ke barang2 display? xsyok r kan?? harga sama dgn barang baru. tp dapat display lak..mesti ko panaskan?

Hah, lg 1. kalau ko sayang dia, ko terimalah seadanya. walaupun dia gemuk, pendek, hitam, jonggang ke apa..sayang ko jgnlah berubah2..sbb kecantikan 2 sementara..dah tua2 nnt, kerepot jugak..kalau ko sayang orang sbb fizikal, nnt kalau ko dah tua, bini ko dah kerepot, ko ingt, anak2 dara kat luar sana hingin sgt ke tgk muka ko? tp kalau ko still pegang dgn kesempurnaan ko, aku rasa, ko kena kaya mcm donal trumph kot...walaupun ko tua kerepot, still awek2 sexy nak kan ko.. heeee

A : errkkk... (senyap)

Tuesday, 1 March 2011

Jodoh


Tahniah kepada sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada cuti ini. Bila lihat kawan kahwin sana sini, saya rasa malu seketika. HAiya, blushing pulak. orang lain yang kahwin, aku pulak yg malu. apalah.

Secara jujur, otak saya sentiasa fikir. Xkanlah diaorg kahwin? xkanlah diaorg dah sedia lakukan hubungan seks semua. SHIT! malulah.. **Blushing2 lg** Dan saya fikir tentang diri saya. Saya teringat ada mak kawan saya tanya kepada saya, "kalau im, im prefer kahwin bila?" dengan skemanya, saya pun jawab.. "errk..kalau saya, saya nak study dulu"> JAWAPAN STANDARD!
Xkanlah nak jawab "kalau boleh saya nak kahwin skrg aunty" sah2 aku akan digelar gatal. xdapatlah aku nak mengorat anak dia nnt. :P

Ok, saya bukan nak kondem sapa2. apa yang saya cakap ini berdasarkan pandangan saya dan pegangan saya. Awak lain, saya lain. Mungkin awak dah ready, tp saya belum.

Bila fikir, kenapa saya xready?? bnyk benda yang kena fikir. Saya xada apa2. baik hati, mahupun harta. Mmg xada sbb untuk sesiapa yang suka saya. hihi..jd, girls outside there, sape2 yang rasa nak ngorat saya, hentikanlah. sbb saya xada apa2 nak kasi kat anda. (poyo gila mamat ni kan??) Haha...senang cerita, Im NOT READY.

Bila cinta kini, xlagi bermakna,
yangku rasa kini, hanyalah nestapa..

Pening beb fikir pasal jodoh, benda yang xboleh nak jangka. Minggu lepas, kawan baik saya menjemput saya untuk Hi tea bersama sanak saudara dia. emak saya pun berasa hairan, apatah lagi saya "mummy ni nak terima menantu ke?" hoho.. no komen. Saya pun pergilah Hi tea bersama2 rakan baik saya itu. Sampai2 sahaja, kawan saya pesan. "ko jgn malu, semua saudara aku dah kenal nama ko" erkk...ok...Saya pun bersalam2 dan berbual2 dengan mereka. Walaupun agak kekok dan sedikit malu. Semasa perjalan ke hotel, tibe2 rakan baik ku dengan sumbernya berkata "aku rasa, ko ni ada jodohlah dgn family aku..kalau x dgn adik aku, dgn cousin aku 2"
Aku pun buatlah muka straight mcm ni -.-.. jgn merepek. Tp xdinafikan, dalam hati aku pun tertanya2, xkanlah dia jodoh aku? xkanlah cousin dia pulak? xkan aku nak kahwin dua2?? tamaknya.. hehe...mau ada perang saudara nnt.. :P

Semalam, kereta jaguar berhenti di depan rumah aku. Kriinnggg!! telefon aku berbunyi.. "Assalamualaikum..Aunty ada kat luar ni. Depan rumah" kata emak S (emak kawan aku) itu kepadaku..

"Baiklah aunty..saya dah siap ni.."

Aku, kawanku dan emaknya pun keluarlah bersama. Kami sama2 uruskan kemasukkan University di Subang. Selepas selesai urusakan hal2 university, kami makan2 di empire Subang.. malunya yang teramat sgt..sbb dah 3x berturut2 aunty belanja saya sejak kelmarin. huhu..xpelah..orang kata rezeki jangan ditolak. Selesai sahaja makan2, kami cuci2 mata seketika. Tibe2... "cantik jugak dulang hantaran ini ye. baju pengantin ini pun cantik" Saya dgn perlahan2 mengangguk..aah..can--can--cantik... hee.. Sekali lg berfikir, "xkan S pulak jodoh aku?" hahaha...

kalau ikutkan pemikiran aku ni...dah 3 jodoh dah aku jumpa. xkanlah aku kahwin 3 pulak. haha! ok. tinggal 1 quota je! haha.. Bonggok kan bila fikir2 pasal jodoh? kadang2 kita xduga itulah jodoh kita. Mungkin asalnya dia orang yg kita paing benci, mungkin juga orang yg ada sekeliling kita, mungkin juga jiran sebelah rumah kita, dan mungkin juga akak seven 11 yg aku jumpa hari 2. Kita xtahu. Jadi xpayahlah fikir2. Kalau ada, adalah.

Jika diri xsehebat Ibrahim,
Mengapa didamba teman setabah Siti Hajar,

Jika diri xsetampan Yusuf,
mengapa mimpi cinta secantik Zulaikha.

Jika diri xsempurna seperti Rasullullah,
mengapa mengharap teman setulus Aisyah