Sunday, 3 July 2011

.

bila orang xsuka..
kita buat apa pun, orang akan cakap salah..

buat A salah..
Buat B pun salah..
Tak ada pilihan

Mungkin xkena cara..
hmm..ok..
mungkin juga rasa benci menebal..
may be..

Today

Sayu gila hari ni bila dapat tahu..

baru sahaja aku lepaskan kata2 kasar aku.

kesah apa aku pasal dia..xada kaitan dgn aku..

Tiba2..selepas aku keluarkan kata2 kasar 2. terus aku dapat berita yang kurang menyenangkan.

Oh god. apa aku cakap td ni?

hmm...

Dia dalam susah skrg..

Aku xdapat bygkan kalau aku ditempat dia..

Hmm

aku dah xpeduli tentang perasaan aku..

sbb ianya adalah perasaan yang boleh diubah2 atas kehendak-Nya.

Mungkin sekarang aku diberi perasaan sakit, tp mungkin akan datang tidak.

mungkin akan datang aku diberi Bahagia..

ajal, maut di tangan tuhan..

aku redha..kalau xada jodoh..xadalah..

...........................................

aku dah xpeduli apa orang kata..

word is cheap..

siapa2 boleh berkata..

janji aku tahu niat aku..

xlebih dari seorang kawan yang ingin bertanya khabar pada kawannya..

tak lebih..insyaAllah..

......................................................

Hello?

hello?

sorry..aku baru tahu berita tentang tu..takziah aku ucapkan..aku harap ko boleh tabah. bla bla
(tersasul sana sini..+ gagap)

apa kena dgn aku ni??

hmm..mungkin thats the words come from my heart. nothing else. 3 hari trying to contact her. n bila dah dapat brooommmm...semua benda nak cakap..

ok..limitkan..

akhirnya, mulalah tersasul + gagap2..

how come nak cakap dgn tenang kalau aku dgr suara ko menahan nangis?

susah..aku tahu ko sedang tahan nangis..

mcm mana nak tenangkan orang kalau diri sndri xkuat? jd, aku pura2 tabah.. akhirnya gagaplah yang terkeluar..

i hope u TABAH! just ingt video yang u pernah post kan i dulu..u boleh punya lah buat

Sunday, 26 June 2011

OTW

Macam-macam berlaku.
Bangun dari tidur,
Semua perasaan jadi hambar.

"COME ON. Chill r dude.
Kita party, kita lepak,
Berfoya-foya"

Ok bro, tgh Chill r ni.
Berfoya sampai lebam.
Aku mula kenal erti lewat malam.
Aku mula kenal erti malam masih muda.
hai hati..kosongnya engkau wahai hati.

"Shisha beb?. Trylah"

Ok. aku try sedut shisha.
Tp alhamdulillah, aku x ketagih.
Apa lagi next? Kenapa terdetik dalam hati aku nk buat benda lagi lebih?
Kenapa aku aggungkan sgt kehidupan western yang melagho itu?
hmm

u..temankan i..
duduk sebelah i..
datanglah sini..
jom lepak..
U bt apa?
U..jom keluar...

DAMM!

Lalu aku tanya pada diri aku,
Siapa dia?
Untuk apa?
Mengapa?

Aku menangis sendirian.
Hidup dengan mengikut hawa nafsu.
Duit, Glamour, Perempuan..
Jadi permainan aku.

Ya Allah, kenapa hati aku sgt kosong?
Bantulah hambamu ini.

Wednesday, 4 May 2011

A piece of notes

Strong Strong like a soldier,
Even though im hurt behind the shadows,
I cant hide my brightens smile when i see you,
I hope u will not notice it, Im afraid, if u notice my feeling.

I hold my breath.. Hurmm..
I walk along the beach every night,
I know, You will not understand my feeling,
But now, im tired crying,
My eyes become dry,
I try to talk to you, I realised that it just wasting my time,

Everyday, I keep thinking, and flash back all the memories,
If and only if I know the result..hmm..

Tuesday, 19 April 2011

Our Dialog

"Adik, adik ni umur berapa?"

"21"

"Wahh..mudanya, jarang orang muda mcm ni berani nak masuk bidang ni"

"Saya nak belajar. Saya mmg suka benda2 mcm ni. mmg saya dah peruntukkan berapa2 untuk saya belajar"

" Adik xtakut risiko ke?"
"X. saya mmg nak belajar. Sbb saya anggap, itu modal saya nak belajar. kalau ditakdirkan, saya rugi. saya redha."

"Yang penting, adik jgn tamak. kena letakkan something target. ingt x abang munir ada cakap?"

"InsyaAllah abang. saya ingt. saya ada target sendri kenapa kenapa saya buat semua ni"

"Risaulah tgk adik ni. dahlah jauh dr mak ayah. benda ni risikolah adik. Nnt jd apa2, susah"

" there is always failure before we can achieve kejayaan"

Monday, 18 April 2011

Jgn salahkan lelaki sahaja

Aku mmg seorang yg hebat bercinta pada 1 seketika. semuanya bermula apabila timbul sikap anti kepada perempuan. Aku anti pada perempuan? mungkin ya pada seketika dahulu.

Cinta? Aku kenal cinta since 14 tahun. Aku seorang hoppez dulu. Just imagine yaw, orang yg ber yaw yaw pun, akhirnya menyebut tentang kasih sayang. Pada mulanya, aku rasa, semua ni mengarut. Aku kurang percaya pada cinta, selepas melihat kawan2 mula patah hati, leka dgn pelajaran mereka. Tp akhirnya, aku cuba membuka hati aku, untuk pertama kalinya. Aku mula mengenali perempuan. Perempuan, sifatnya lembut, perlukan kasih sayang, perlukan perhatian, perlukan perlindungan.

Tp kenapa kau sakitkan hati ini? Kau kenalkan aku cinta, kau bgkan aku janji, kemudian kau tinggalkan aku mcm 2 je? Kejamnya kau, wahai insan yg bernama perempuan. perasaan xpercaya pada cinta itu makin menebal. aku mula memujuk hati aku. Mungkin salah aku juga..sbb aku kekok, reti bercinta.. aku cuba ubah diri aku. mengkaji apa kemahuan perempuan dan segala, sehinggalah aku mjdi romeo.

Sekali lg, aku beri hati aku kepada insan yg bernama perempuan. Jujur aku cakap, inilah pertama kali aku layan kau dgn begitu speacial. u r the 1st one, i call sayang and all. U are the 1st one yg i bergayut lama2 dgn u. U lah orang pertama i nyanyikan lagu untuk u. i put a side semua sifat malu i. U teach me, how to kiss. u teach me a lot..but then, u duakan hati u. Perasaan benci pada perempuan mula meluap2 di dada. Im not ur neil anymore.

N now, u ask me,

"Neil..nape neil kasar skrg?"
"Neil, nape neil xmcm dulu dah?"

I dont have any speacific answer. 70% - because of you. im not try to blame u, may be ada part my salah juga. but indirectly, u ajar i, supaya jgn kasi segala2nya untuk orang yg bernama perempuan.

I changed a lot, sampai i sendiri xingt mcm mana i yg dulu. honestly, sifat kasar i dah sebati dgn diri i. Sifat sayang i tertutup dgn sifat ego i.

Permpuan?? Jgn cakap lelaki sahaja yg pandai berjanji2 manis. Jgn cakap, lelaki sahaja yg main kayu tiga. Perempuan skrg, apa kurang hebatnya~ Apa makna cinta bagi anda??

Dari situ, I never call any girls with perkataan sayang. but if text, i bolehlah..cakap je rasa mcm kekok g. I buang semua sifat romeo i. i become heartless.

That is why, bila orang tanya..

kenapa ko ni kaku sgt dgn awek ko?
ko xpernah bercinta?
Ko dulu, layan awek ko mcm ni ke?
U ni, xromantiklah..
Kenapa ko layan ala kadar je?
Ko ni, mcm xsayang awek ko je

mcm2 soalan ada. tp aku xada jawapannya. Aku tkt aku kecewa jika aku bg segala2nya. Aku tkt, aku berubah lg menjadi seorng yg dingin kalau aku bg segala2nya dan aku kecewa. Aku tkt, aku kecewa lg. dan aku tkt, perasaan cinta aku lenyap dalam hidup aku. Maaf sbb aku kurang percaya pada cinta. Maaf juga jika diri ini tidak sepurna. Aku pcya pada cinta selepas perkahwinan. :)

Thursday, 14 April 2011

Fake

I exactly dont know the answer. Sometimes, i really miss her, sometimes, xingt pun. haha. tp boleh ke kita tipu hati kita?

"aku xsuka dialah. aku dah lupakan dialah. aku happy je"

"Bullshit r imran. kau jgn tipu diri kau. kau mungkin boleh tipu orang lain, tp kalau ko tipu diri ko, ko yang sakit"

hey..betullah..aku dah lupa dia..

tp kenapa ko menangis lg? kenapa ko elak dr sebut dia? kenapa ko xnak tgk dia?

hmm..sbb hati aku sakit,

sbb 2 aku ngs,

sbb 2, aku xboleh dgr nama dia,

sbb 2, aku xnk tgk dia..

bila aku cakap, korang semua cakap, chill r bro..awek banyak lg. tp pernah korang tahu, mcm mana aku tahan supaya aku nmpk depress depan korang. aku try senyum, and act mcm xada apa2. tp ada 1 tahp, aku xboleh tahan jugak.

aku tkt, aku hilang kawan. aku tkt kawan2 aku bosan dgr cerita2 aku. sbb 2, aku xbercerita. Aku try hangout mcm biasa, sbb aku xnk nmpk lemah depan kawan2.

aku try nak cakap, hey, aku dah move on lah sambil ukir fake smile. ada smpi 1 tahap, fake smile 2, berubah jugak jd tangisan.

"imran..sudah2lah 2 shopping..ko ni membazir je"

aku mengaku, aku spend bnyk untuk shopping, nmpk apa2 yg aku suka, aku grab. apa aku suka, aku grab. i feel lonely, my dear friends..




Tuesday, 12 April 2011

Aiman


Hye aiman yang manja.. :P
Handsome boylah u..boleh i mengorat u ke?
Apa u kata? U kata i control2 mancho? haha..
Miss u guys

Sunday, 10 April 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah aku ingin ucapkan..rezekiku datang melimpah ruah. Alhamdulillah aku ucapkan sekali lg atas segala rezeki yang datang dr Allah. Aku terfikir, adakah ini ujian aku? Allah memberi rezeki kepada aku, adakah Dia ingin menguji aku sama ada aku lupa diri atau ingat padanya. Aku seperti mahu menangis kerana aku serik lupakan amalan2ku, tp ternyata, kau tidak putus2 memberi rezeki padaku.

Sememangnya kau Maha pengasih dan Maha penyayang. Adakah masih ada ruang lg untukku bertaubat?

Sunday, 27 March 2011

nasihat aiman

Imran, u need to distance away from her

push her aside

stay away from her

cut her off

every little small thing that u know abt her is like chopping urself

Sunday, 20 March 2011

Penipu durjana

Wahai si penipu durjana,
Tahukah engkau halal haramnya?
Sibuk berkira harta didunia,
Menipu orang sini dan sana,
Akhirnya diriku yang sengsara,
memikirkan duitku entah ke mana.

Wahai si penipu durjana,
Mencari mangsa di mana-mana,
Melaburkan janji sini dan sana,
Aklulah juga mangsanya.

wahai si penipu durjana,
semua permainanmu sudah ku baca,
Cukuplah engkau bedrama swasta,
kerana aku sudah tidak percaya.

Listen to this song

MY FAV SONG

Sungai Lui - Aizat


Maaf. saya xromantik

"wahh..asal semua pasal love ni?" tanya kawan aku kepada aku sambil pandang phone aku dgn muka aku berkali2. "jiwang seh ko"

"ahh..shutup" kata ku dgn malu2. "bak sini phone aku!"

aku suka baca poem n tulis poem jugak. aku pernah menang menulis poem pada zaman2 sekolah dulu. tp orang xtahu sgt bakat aku ni. sbb aku buat untuk aku je.

Aku suka seni. aku suka melukis. sbb melukis ni, kita rasa bebas nak lukis apa yg kita suka. lukisan jugak dapat meluahkan apa yg kita rasa. tp sayang..hobi aku 2 terpaksa dihentikan sejak aku berada di negara padang pasir ini.

Aku pun kadang2 xfaham dgn aku. sama ada normal atau tidak perasaan ini. aku berjiwa seni, tp kenapa aku xpandai nak bercinta. cinta itu jugak salah satu seni.

Bukan nak cakap, aku ni baik sgt. suci gila..tp hakikatnya, mmg aku xpandai bercinta.

Lovey Dovey couple? aku rasa benda 2 mcm bullshit.. kau bersayang, berbaby2..tp kalau gaduh, kau maki2 dia, cakap bukan2. is it sign of love? ahh..mengarut..

bagi bunga.. oohh..so sweet (kata2 perempuanlah). tp bg aku, baik kasi bunga kobis, sekurang2nya ko boleh makan. dan yg penting, murah dari bunga ros yang apa kejadah harganya.

tp orang kata : euww..xromantiknya.. ok..ayat2 cover ( sy syg awk..sbb 2 sy kasi bunga kobis..supaya awk sihat bila makan sayur) ohoho..cakap je r nak jimat duit poket..

Ok2..2 pasal bunga...oklah..xcukup romantiklah kalau kasi bunga kobis..

lovey dovey ye?

ok..teknik pun aku pernah try..sebelum call..ok..dah tulis kat kertas dah apa nak cakap ni..ok..susun punya susun ayat..kasi baik punya..alih2, bila call, semua dah xingt. terus diam. guna kau aku. euuww..skali lg aku dikatakan xromantik..

ok...sekuranya2, bila saya marah, i never call u babi mcm orang lain. orang lain, berbaby2, but bila marah, diaorang panggil u babi. so u nak mana? oklah, i xromantik.. -.-

lagi lagi?? Card..

I ask my friend..nak beli card yg mana ye tuk awek?? (time dulu2 r) my friend said..dont buy bro..just make it by hand made. (hahaha. kata jelah ko pun nak jimat. give me 5!)

ok, handmade. aku pun try r buat. shitlah. main2 dgn gam. aku benci gila gam. koyak kertas sana sini. tampal sana sini..finally!! hodohnya kad ni.. ahh..lelaki buatkan..aku mana reti benda2 mcm ni..lg2 libat gam. mmg ampunlah..aku xreti handle gam..

maaflah kalau card 2 buruk. saya pun xtahulah nk tulis apa kat situ..sbb saya mmg dilahirkan xromantik.

Bear? aku mmg xtahu lgsg pasal bear. mmg aku xmain bear2 ni..mmg zero lgsg pasal bear. "U suka bear apa?" Russ bear. damn! apa kejadahlah russ bear 2. aku terus call kawan aku, "bro, russ bear 2 apa?" kawan aku dgn banggangnya jawab bear dr russia kot. aku mana tahu. jawapan yg xmenolong lgsg. sengal. aku pun sms kawan aku lg 1. "russ bear 2 apa?" kawan aku pun dgn bijaknya balas "russ bear 2 jenis bear. ko pglah hallmark ke, toys r us mesti ada"

Oklah..ni br 1st time, aku rasa dia suka. rasa jelah. confident gilakan? entah2, dah kat tong sampah..

saya mmg dilahirkan tidak romantik. dah try mcm2, tp still xromantik lg.

Maaf sekiranya saya layan kamu-kamu dgn teruk. sy masih dalam process belajar.

tp sekuranya2, masa perkenalan kita, saya belajar mcm2. apa yg kamu2 suka dan apa itu bunga. nak kasi card mcm mana? type2 bear..benda 2 semua ilmu dan skill. maaf..saya xkuasai lg.



Stress

emm..lambatnya benda alah ni. janji kalah janji kaf lam ya nga. aku pun tidur sekejap kerana sakit kepala yang melampau sambil computer ada di dada.

PAAAAPPPP!! bunyi sesuatu jatuh dari katil. aku mengosok2 mataku yang kecil ni.. emm..laptop jatuh..aku betulkan balik laptop itu dan samybung tidur..selepas 30 minit tidur, tibe2.. handphone nokia lamaku berbunyi..

ahhh!! sape pulak call ni. kawan aku dari zagazig telefon. tet tet tet tet! bunyi SMS masuk..
"mad, boleh x?" aku pun mereply sms dia. oh, inbox ku penuh. waiting sms bnyk nak masuk. oklah, handset capok je.

aku pun sedar dari tidur. aku check email aku. Shit. gawat2. mula rasa mcm nak maki2. makin lama, makin kurang ajar. Stress aku. aku mula call helpline. ohooo..selamba badak je jawab, maaf, ada masalah sedikit. ewaaahh, senangnya cakap. itu je jawapan ko boleh kasi? errgghh..geram geram. aku rasa, mmg nak bertumbuk dgn ko skrg. sabar jelah. sumpah lepas ni, aku boikot ko. pg mampus ko kafir jahanam.

Sunday, 13 March 2011

Nervous

Nervouslah..
tkt fail..mcm2 kat kepala..
kenapa tidak buat2 xtahu je kalau tserempak?

"u shud try" kwn2 aku ckp,
hmm...tp kalau fail mcm mn?
klu aku sedih blk mcm mn?

aku thu diri aku..
ada org ckp, klu kita simpn, mcm jihad,
betul ke?
aku xtahu..

Friday, 11 March 2011

Hoyeh hoyeh..

MODE : SENYUM SAMPAI TELINGGA!


Im very happy today.
Rasa happy 2 sampai ke hati.
Rasa complete.

Happy smpi ngs,
Result SPM keluar pun, aku xngs,
baru aku tahu, kenapa orang bleh ngs wlpn happy,
ini baru benda kecik,
tp aku dah happy sgt.

tp dalam masa yg sama,
aku tkt aku akan kecewa jugak.
hmm..xsabar nak tunggu..

Surat untuk bakal isteri

Look in the mirror and you will see the most beautiful woman in the world sayang..

Sayang, I love your smile. It lights up this room, it lights up my life, and I can not imagine a day without it. When we fight, it becomes dark and I can’t think straight until we figure things out. I don’t want to miss your smile for one more minute.

can i kiss u for 10 seconds everyday sayang...in the morning..before breakfast or before we take a bath together? :)

I want close to you and whisper those sweet and romantic words of love i your ears sayang..may be before we going to sleep.

I nak bawak u pergi jalan2 seluruh dunia..i will study hard and work hard also..but please sayang..please promise to me that u will be always with me?

I want to be ur syah jehan, i want to be ur romeo sayang..walaupun xmampu membina seindah taj mahal, but i akan berusaha untuk dapatkan sebuah maghligai untuk u.

But for now...please take care your self. i even dont know who you are. but i love you so much sayang..

Tolong jaga maruah u sayang, dont let other boys hurt you and touch you besides ur muhrim. Sayang.

ermm

Kadang2 orang xtahu apa yg kita rasa,
Konon mcm tahu, buat2 tahu,
Konon faham apa perasaan kita,
Tp habuk, baik diam dari terus bersuara,
sbb aku xnak dgr suara2 sumbang itu.

Ibarat pikul 1 kesakitan didada,
Walaupun sakitnya dari batin, tp dapat dirasai dgn zahir,
Baik kalian diam, kerana ianya hanya menambahkan kessakitan..

Aku inginkan dunia yang senyap dan harmoni..
bukan kerana aku sombong..
tp sudah fedup hidup dgn langau2 sekeliling,
yang hanya memecah kesunyian hari..

Biar aku hidup seorang,
kerana sunyi itu dah sebati dgnku.

Tuesday, 8 March 2011

Haha

Apa ni?

"Ma..jom makan tuttifrutti..sedap.."
"I ada baca kat paper, tutti frutti diragui halalnya"

hmm..sekali lagi..satu persatu benda nak kecoh. rasa mcm duduk kat negara kafir pulak. sana sini xhalal. hey, betul ke xhafal? atau ini fitnah? Dulu kfc kata xhalal, lepas 2, mcd, lepas 2, tutti frutti. Apa semua ni? jd apa yg kami makan selama ni xhalallah? kenapa xkaji dulu sebelum benarkan mereka berniaga. xfahamlah. manusia akhir zaman. halal dan haram makin kabur2. benda yang halal, diharamkan. benda yang haram, elok pulak dihalalkan. contoh mcm kapel :P

Manusia skrg pandai manipulate hukum hakam. masing2 nak jadi hero. Masing2 hebat berkata2. Kadang2 aku terfikir, kenapa susah sgt.. kenapa rumit sgt. Agama islam itu mudah. Manusia sahaja yang menyusahkan. Sebagai contoh, salam. ada orang tegur aku, eh, jgn cakap salam. kena cakap penuh. aduh2. gawat ini orang.

"cik2..kalau saya kasi msg A'skum, awk baca mcm mana?"

"erkk..assalamualaikum"

"oh..bijak jugak awak ni..sy ingt awak baca akum2" sindir saya..

membara jugalah hati, bila rasa, benda yang simple pun orang nak pertikaikan. sbnrnya, kita diHARUSKAN menulis dgn penuh, tp xsalah jika guna singkatan untuk mempermudahkan penulisan. Jgnlah bila saya tulis ASKUM, korang maksudkan pelik2. yg penting niat dalam hati yg kita ingin sampaikan. Jgn susahkan benda yang senang. ok?




Monday, 7 March 2011

Bila jiwa kosong

File ni aku xnaklah...Ok. click kanan and pilih delete. xpun, drag file 2 ke recycle bin. Senangkan? Kenapalah otak kita xmacam itu jugak. kita cipta komputer, tp diri kita sendri xboleh nak handle.

"tuan, meh makan breakfast, dari smlm xmakan. makan dgn bibik sini"panggil pembantu rumahku.

"hmm..nntlah bik..xlapar lg"

"mahu milo? biar bibik buatkan"

"Xnaklah..buatkan jelah air ribena dalam botol"

Kring kring...Phone rumah berbunyi.
Aku cukup benci bunyi telefon berbunyi. xtahulah kenapa. mungkin aku rasa, bising sanga

"Tuan, ayah tuan nak cakap"

hmm..ok.. Hello..

tgh buat apa 2? dah beli tiket belum?

Xbuat apa2..hmm..(aku mmg xsuka orang tanya2 aku mcm ni)..belum..nntlah beli..

Nnt Zohor jgn lupa solat..jgn amik mudah pasal solat..kalau kita xjaga solat, nnt tuhan xsayang.

Ye2..nnt aim solat..Ok??

Waktu2 sekarang ni, solat Duha kan bagus..kalau kita rajin solat, kita akan dapat nikmat solat, ketenangan di hati..

Ye pa...nnt aim buat..(hmm..setan mula menghasut.."jgn solat2..kita buat2 keja laghro je"bisik syaitan kepadaku)

hmmmmm........ketenangan?? hmm..aku xtenang sekarang...aku banyak kearah duniawi..Hiburan..Walaupun, aku xbersosial teruk, tp aku sedar, aku ada sifat2 materialistik. Sampai mimpi pun, mimpi bermain saham.

Apa yang aku dapat? Apa yang orang lain ada, kebanyakkan aku ada. mmg xdinafikan, kehidupan aku mewah. Tp kosong..

Orang kata, jiwa yang kosong, senang nak masuk benda2 pelik..mungkin betul jugak. Aku skrg tiba2 berubah jadi baran. kalau dulu, aku mmg terkenal dgn sifat suka bergurau..tp skrg, aku serious..kadang2, sedar yg kawan2 sedang buat lawak...aku senyap..

pada suatu hari

"Imran..nape ko ni? dah xjahat mcm dulu? diam je. makin naif aku tgk"tanya kawan ku

"heh? hahaha..mcm sama je..ala, kitakan lama xjumpa..malu2 kucing sikit"

mengada2lah kau. kau malu dgn aku? kita kan mcm adik beradik dah.

aku hanya senyum..ya..aku akui. kolah sahabat aku yg baik. dari sekolah lg aku kenal ko. dan aku yakin, ko kenal hati budi aku.
....................................................................................
Bluup~ bunyi SMS masuk..(aku pun check hp adik ku. memandangkan aku pinjam hp dia sementara aku berada kat malaysia)

Imran..makcik aku nak num ko..aku kasi tau. i think she might call you?

errrkk...awat nak call aku?? segan pulok. nak meminang aku ke? kalau kawan2 aku tahu. habis aku kena bahan ni.

"ok2lah...tp aku ni malulah. ko kasi jelah num adik aku ni. senang sikit".(aku balas sms dia)

"Good Boy. Muahxxx Xoxo" kawan aku reply balik

errkkk...muahxx xoxo...gedik! perempuan. biasalah. dalam sms pun, nak tunjuk action.

......................................................................................

Ok..berbalik kepada hati yang kosong..mcm maana nak ubat hati yang kosong?

mmg betul, kalau kita rasa gelisah, kosong...kembalilah kepangkal jalan..

dulu, aku xnmpk manisnya nikmat solat..tp bila dah lakukan. aku rasa ketenangan.. ketenangan yg aku cari selama aku hidup dalam kekosongan.. nikmat 2 kita xnmpk, tp kita boleh rasa.

oleh itu, jagala solat anda...ok, sampai disini sahaja..


Sunday, 6 March 2011

Jalan2 KL

Kalau Saya sesat, tolong tunjukkan saya jalan.
Sbb saya perlukan signboard untuk terus menuju kehadapan

Area rumah lama - Bukit Damansara!!
Miss this area!!

Masjid Wilayah. Salah satu masjid yang seni binaanya seiras dengan masjid biru Turki

Cerita dari hati Part 1

"Jgn simpan..nnt makan dalam. Kalau xpuas hati, cakap. jgn simpan je. nnt dalam sakit" pesan mak aku kepadaku.

"Move On..Jgn mcm ni" nasihat beberapa kawan2 kepdaku..

......................................................................................

Nak dekat setahun berlalu, tp sakitnya, aku sorang je tahu. Yes, aku marah sampai sekarang. Masing2 berebut nak jadi hero n heroin. Muak aku tgk. Belajar kat egypt, ibarat belajar di pentas theater. Setiap orang ada seni lakonan masing2.

Bukan semua orang boleh jadi kawan. dalam kalangan kawan itupun, ada lawan.

Scene 1

T : Aku slalu nmpk, ko slalu sms dgn A

I : kitaorg dah rapat sikit. J suka A?? Hmm..

T : J suka A. J berubah jd baik bila dgn A.

Scene 2

I : Bro, ko suka A betul2 ke?

J : Lu pahal. Aku xcari gaduh dgn ko kan

I : Kalau ko suka dia, ko kejarlah dia smpi dapat. Jgn give up.

J : Fuck ko r.. bla bla bla

**Hey, do u know, what i felt that day? I like A..tp masa 2, hubungan hanya kawan masa 2. Aku try xjadi selfish. If J boleh berubah bila dia kenal A. A shoud give him 2nd chance. kadang2, 2nd chance boleh buat orang 2 berubah jd lebih baik dari apa yg kita harapkan..

Keesokkan harinya:

F : hye..buat apa??

I : xbuat apa2..asal? nak korek2 rahsia pasal aku n J? (I hate F so much. Sorry F. i cant hide anymore)

bla bla bla..perbualan kosong yg aku xingt..

N tibe2, F's BF sound aku : Jgn kacau awek akulah. bla bla..
(Blah..mcm lawa je muka awek ko 2. Muka lawa pun, kalau mulut bau longkang pun, buat apa)

For me, F is like a Dajjal of my life. I never Never like her. I hate her so much. In malay, we call talam dua muka. Shit. I really hate that kind of person. Depan baik, belakang kutuk2. Come on F, if u dont like someone, pastikan ur action depan n belakang sama! ok? Jgn depan, konon2 care, tp belakang, nak kutuk2. tp aku rasa, ko ni, jenis talam pyramid. yg bermaksud,, talam 3 MUKA.

Sejak itu

I VS J & F & F's BF



Friday, 4 March 2011

Luahan Hati

Luahan hati si A kepada Si B

Sombonya dia 2.

Membisu je dari td.

Xada mulut agaknya..

Sombong sangat. Cas Best je

Mcmlah hebat sgt.

Sombong! dia ingt dia bagus sgt ke.

Belagaknya. Annoying gila!

Senyap sgt, xreti hormat ke?

Xreti nak tanya khabar?

Xberadab lgsg.

Bisu ke dia ni?



Luahan hati si B kepada si A

Xbermakna kalau saya diam, saya sombong, mungkin saya pemalu.

tolong kasi Stimulus tuk saya bercakap!

Kalau ak xtegur, saya xtahu nak cakap apa.

Maaflah, saya xperamah.

Jgn samakan diri saya dgn semua orang.

Kita dalam enviroment yg berbeza.

Jgn samakan enviroment awk dgn saya.

Mungkin, awk ni dari enviroment yg ramai, riuh rendah.

Tp, saya xbiasa. Saya biasa senyap.

Kalau awk dalam enviroment saya, tiba2 awk potpet2, saya akan cakap awk GILA.

Boleh x, saya panggil awk GILA??

Sama juga, bila awk panggil saya SOMBONG.

Fairlah kan. Awk GILA, saya SOMBONG.




**Hehehe....Ayat kat atas menunjukkan dua pandangan yang berbeza..Moral of the story, kita jgn senang2 nak judge orang itu ini. kenal dulu. xkenal, maka xcinta :D mungkin si A ni dah biasa hidup bising2 n ramah2...tp mungkin si B ni enviroment dia orang yg diam2..jgn salahkan masing2..Kita cuba memahami dan belajar mereka! ok?? Peace No War




Thursday, 3 March 2011

Aku menaiki kereta BMW x5, sambil mendengar lagu yang bertajuk talking to the moon. dan masa itu jugak, aku sedang bercakap di telefon dengan rakan baikku.

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Kereta! Kereta! Stop!!!
BOOM!!
tuut --- tuuttt ---
(Panggilan terputus)

Aku memejam mata.

Ya Allah, aku belum bersedia untuk mati.

Aku xtahu apa yg sedang berlaku.

Apa yang aku tahu, Airbag sudah menghimpap dada ku dgn kuat.

Semuanya berlaku dengan sekelip mata..




Gelap

Aku terheret di lorong yang malap,
Di deretan manusia yang gelisah,
Duniaku semakin lama semakin gelap,
Lalu, batinku menjadi parah.

Oh, Tuhan, dgrkanlah bisikanku ini,
Akuah pengemis cinta, cintamu yg mutlak lagi hakiki,
Tak ingin aku ulangi lagi,
Dosa-dosa yang hanya akan memakan diri.


Kata-kata itu DOA

Kadang2 saya terfikir, kenapa manusia akhir zaman ni bertindak mcm binatang.. kalau dikaji2, mungkin orang akan cakap didikan ibubapa, kurang kasih sayang dan bla2.TAPI itu adalah faktor yang besar. Pernahkan anda fikir faktor2 yg kecil yg menyebabkan berlakunya faktor2 besar itu?


Sebagai contoh, cerekarama 2 minggu lepas di mana, NAMA juga memainkan peranan yg penting. Ini kerana, Kata2 itu doa. sebagai contoh, kita panggil orang itu Mamat sedangkan nama dia Ahmad Muhammad. Mamat bermaksud mati. Mati xsemestinya terpisah roh dari jasad. bagaimana pula mati dari segi hati dan perasaan? Hati yg gelap, hati yang mati untuk terima benda2 yang baik.

Selain nama, perbulan harian kita juga memainkan peranan yg penting. Contoh kita lemparkan kata2 kesat itu kepada kawan kita "Kau ni babi. perangai mcm binatang", mmg dia xkan jadi babi on the spot! tp bagaimana jika suatu hari nnt, hati dia benar2 menjadi seperti binatang? Buat jenayah sana sini tanpa belas kasihan.

Awek itu Awek ini


A : Aku sayanglah awek aku..

B : Ye ke? Sbb apa?

A : Dia sempurna dimata aku. Sbb dia lawa, cun, sexy, mmg the bomb r!

B : Ooo, mcm 2 ke maksud sempurna?

A : Cun, sexy, baik budi perketi mmg dah sempurna bg aku.

B : Ooo..mcm 2..aku xtahu..awek ko lawa ke? sexy ke? tgk sikit?

A : Ni hah (sambil tunjuk gambar)

B : Kau sayang gila ke awek ko 2?

A : Mestilah! aku boleh mati tau kalau xde dia

B : owh ye ke? tp kalau ko sayang dia, kenapa ko tunjuk gmbr sexy dia kat aku? Kenapa ko pegang2 dia?

A : Lek r bro..kita ni muda mudi ni..xkan ko nak jadi pak2 alim pulak

B : laa..aku ni tanya, sbb aku ni xtahu.. mmg mcm 2 ke nak tunjuk kasih sayang?

A : Ala bro, test2 aje..aku suka dia manja2 gitu..xkan test2 pun xboleh..

B : ooo..test2 mcm benda pulak..kiranya awek ko ni mcm ada display setlah?? boleh test2 lg

A : Hoho..bro...mulut 2, jaga sikit ye...kang xpasal2 kena bantai..

B : Lek r bro...aku xtahu... 2 yg aku tanya 2...Best jugak kalau kita boleh test2 benda display setkan..kot2 tkt tersalah beli ke..

A : ermm..apa maksud ko??

B : xada apa2..cuma, ko suka ke kalau adik ko, anak perempuan ko, orang jadikan mcm display set? boleh pgg2, raba sana raba sini..best wow...

A : errkkk...

B : ala..bro..gugup pulak dia..lek r...aku pun laki..nafsu ada 1.. sama jugak mcm ko..kalu ko suka beromen, aku pun suka gak...haha..tipulah kalau aku ni xada nafsu lgsg..cuma konsep sayang ko 2 salah r..

A : maksud ko apa mad?

B : Kalau kita sayang orang 2, kita kenalah jaga dia. Jgnlah jadikan dia mcm display set, yg orang2 lain boleh sentuh. xsyok r. kalau ko beli barang, ko nak beli ke barang2 display? xsyok r kan?? harga sama dgn barang baru. tp dapat display lak..mesti ko panaskan?

Hah, lg 1. kalau ko sayang dia, ko terimalah seadanya. walaupun dia gemuk, pendek, hitam, jonggang ke apa..sayang ko jgnlah berubah2..sbb kecantikan 2 sementara..dah tua2 nnt, kerepot jugak..kalau ko sayang orang sbb fizikal, nnt kalau ko dah tua, bini ko dah kerepot, ko ingt, anak2 dara kat luar sana hingin sgt ke tgk muka ko? tp kalau ko still pegang dgn kesempurnaan ko, aku rasa, ko kena kaya mcm donal trumph kot...walaupun ko tua kerepot, still awek2 sexy nak kan ko.. heeee

A : errkkk... (senyap)

Tuesday, 1 March 2011

Jodoh


Tahniah kepada sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada cuti ini. Bila lihat kawan kahwin sana sini, saya rasa malu seketika. HAiya, blushing pulak. orang lain yang kahwin, aku pulak yg malu. apalah.

Secara jujur, otak saya sentiasa fikir. Xkanlah diaorg kahwin? xkanlah diaorg dah sedia lakukan hubungan seks semua. SHIT! malulah.. **Blushing2 lg** Dan saya fikir tentang diri saya. Saya teringat ada mak kawan saya tanya kepada saya, "kalau im, im prefer kahwin bila?" dengan skemanya, saya pun jawab.. "errk..kalau saya, saya nak study dulu"> JAWAPAN STANDARD!
Xkanlah nak jawab "kalau boleh saya nak kahwin skrg aunty" sah2 aku akan digelar gatal. xdapatlah aku nak mengorat anak dia nnt. :P

Ok, saya bukan nak kondem sapa2. apa yang saya cakap ini berdasarkan pandangan saya dan pegangan saya. Awak lain, saya lain. Mungkin awak dah ready, tp saya belum.

Bila fikir, kenapa saya xready?? bnyk benda yang kena fikir. Saya xada apa2. baik hati, mahupun harta. Mmg xada sbb untuk sesiapa yang suka saya. hihi..jd, girls outside there, sape2 yang rasa nak ngorat saya, hentikanlah. sbb saya xada apa2 nak kasi kat anda. (poyo gila mamat ni kan??) Haha...senang cerita, Im NOT READY.

Bila cinta kini, xlagi bermakna,
yangku rasa kini, hanyalah nestapa..

Pening beb fikir pasal jodoh, benda yang xboleh nak jangka. Minggu lepas, kawan baik saya menjemput saya untuk Hi tea bersama sanak saudara dia. emak saya pun berasa hairan, apatah lagi saya "mummy ni nak terima menantu ke?" hoho.. no komen. Saya pun pergilah Hi tea bersama2 rakan baik saya itu. Sampai2 sahaja, kawan saya pesan. "ko jgn malu, semua saudara aku dah kenal nama ko" erkk...ok...Saya pun bersalam2 dan berbual2 dengan mereka. Walaupun agak kekok dan sedikit malu. Semasa perjalan ke hotel, tibe2 rakan baik ku dengan sumbernya berkata "aku rasa, ko ni ada jodohlah dgn family aku..kalau x dgn adik aku, dgn cousin aku 2"
Aku pun buatlah muka straight mcm ni -.-.. jgn merepek. Tp xdinafikan, dalam hati aku pun tertanya2, xkanlah dia jodoh aku? xkanlah cousin dia pulak? xkan aku nak kahwin dua2?? tamaknya.. hehe...mau ada perang saudara nnt.. :P

Semalam, kereta jaguar berhenti di depan rumah aku. Kriinnggg!! telefon aku berbunyi.. "Assalamualaikum..Aunty ada kat luar ni. Depan rumah" kata emak S (emak kawan aku) itu kepadaku..

"Baiklah aunty..saya dah siap ni.."

Aku, kawanku dan emaknya pun keluarlah bersama. Kami sama2 uruskan kemasukkan University di Subang. Selepas selesai urusakan hal2 university, kami makan2 di empire Subang.. malunya yang teramat sgt..sbb dah 3x berturut2 aunty belanja saya sejak kelmarin. huhu..xpelah..orang kata rezeki jangan ditolak. Selesai sahaja makan2, kami cuci2 mata seketika. Tibe2... "cantik jugak dulang hantaran ini ye. baju pengantin ini pun cantik" Saya dgn perlahan2 mengangguk..aah..can--can--cantik... hee.. Sekali lg berfikir, "xkan S pulak jodoh aku?" hahaha...

kalau ikutkan pemikiran aku ni...dah 3 jodoh dah aku jumpa. xkanlah aku kahwin 3 pulak. haha! ok. tinggal 1 quota je! haha.. Bonggok kan bila fikir2 pasal jodoh? kadang2 kita xduga itulah jodoh kita. Mungkin asalnya dia orang yg kita paing benci, mungkin juga orang yg ada sekeliling kita, mungkin juga jiran sebelah rumah kita, dan mungkin juga akak seven 11 yg aku jumpa hari 2. Kita xtahu. Jadi xpayahlah fikir2. Kalau ada, adalah.

Jika diri xsehebat Ibrahim,
Mengapa didamba teman setabah Siti Hajar,

Jika diri xsetampan Yusuf,
mengapa mimpi cinta secantik Zulaikha.

Jika diri xsempurna seperti Rasullullah,
mengapa mengharap teman setulus Aisyah

Friday, 18 February 2011

Mode : Penyayang


Kalau saya ada adik baby mcm ni, saya nak cubit2 pipi dia!

P/s: Cakap jelah, kalau saya ada ANAK..haha..malu sebenarnya nak cakap

Dendam Kesumat!

Kepada sesiapa yang berkenaan : Kuang ajo ko! aku nak terajang je ko!

Hari ini, aku kena tipu mentah2 dengan kawan aku. DRAMA SWASTA plak dgn aku.

Aku dapat msg mcm ni :

"Sorry, I kena pg amsterdem for 3 years. I dah rancang dari bulan 9. I naik flight Royal bla bla...Sorry sebab rahsiakan sbb I xnak orang lain tahu. Kalau Aiman tahu, I tkt i nangis golek2 kat sini"

Aku dengan penuh emo membalas :

Tipu r..haha..so funny...xkan r tibe2.i yg nak cari Uni pun susah, u senang2 keluar...bla bla bla....(akhirnya, aku tumpas dgn drama beliau)


Aku pun mendiamkan diri seketika tanpa mengucapkan selamat tinggal kepadanya. dah tekad gila nak merajuk 10hari, 10 malam sbb dia xbagitahu awal2 yang dia nak pindah Uni ke Amsterdem.

Tp ternyata, SHIT! aku kena tipu...dan xpasal2 aku digelar mamat jambu. Gelaran mamat macho selama ini, cair bagaikan coklat dibakar didalam OVEN!

Siap ko!! aku akan balas!

Tahukan Anda (3)?

Masjid ini juga, dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed. Masjid ini mmg femes dgn nilai sejarahnya dan terkenal pada zama empire Otthman. Masjid ini dikenali sbg masjid biru kerana interior didominasikan warna Biru.


Cuba kira, ada berapa minaret pada masjid itu??

Masjid lain, kebiasaannya ada 4 minaret sahaja. tp masjid biru ini mempunyai 6 minarets. ini kerana salah faham arahan yang diberi dari sultan kepada arkiteknya. Pada asalnya Sultan mengarahkan Arkiteknya membuat minaret2 itu dari emas ataupun dalam bahasa mereka ialah altin..tetapi, arkiteknya, salah anggap dengan menganggap ianya alti ataupun dalam BM bermaksud 6.


Thursday, 17 February 2011

Jual Beli 2 Benua

Semalam, aku baru tiba di Tanah Air..turun je kapal terbang, terus aku berdiri tegak dan menyanyikan lagu negaraku....semua orang yang ada disitu kehairanan (Maaf..Saya hanya Hyperbola sahaja)..

Hakikatnya, turun sahaja kapal terbang, tiba2 ada seorang menegur aku
"adik...train dah xleh guna dah..kena naik bus kalau nk g sana"
dengan muka toya dan letihnya, aku pun jwb.."baiklah..terima kasih kak"..


Ok..Dipendekkan cerita, smlm ptg, aku teman adik saudara aku pergi ke GIANT untuk membeli kerongsang..Harga yang dipaparkan disitu ialah 4 bijik rm10...argghh, aku mmg xtahulah benda2 perempuan ni. kisah apa pulak aku kalau dia jual 4 bijik rm10 ke apa ke..mmg aku xpakai, jadi aku xambil tahu..

adik saudara aku pun dgn pantasnya terus memilih kerongsang2 2 dan pembayaran telah dibuat...ok lega..malas aku nak tunggu lagi..belek punya belek pun dah berapa jam dah...bosan sudah aku menunggu..

ok, lepas 2, aku dan dia pun jalanlah2 dalam GIANT 2, sehinggalah aku ternampak, ada kedai lain jual kerongsang 8bijik rm10, direct dari kilang. aku pun tersengih Nakal..

aku pun mula menghasut adik saudara aku..

"Eh, kedai 2, jual 8bijik rm10 r..ko beli 4 bijik rm10..ko xtergugat ke? kalau ko beli kat sini untung..dapat double..kalau ada lebih, ko leh jual..design pun sama je" otak matematik aku mua bergerak2 untuk mencari keuntungan dan mengapi2kan keadaan..

Adik saudara aku pun terkebil2 "susahlah..kita dah beli...kalau xdpt mcm mana?"

"Eh, mana boleh..double 2..rugi nnt. Ala, kat egypt, senang je aku tukar. bak aku uruskan" aku terus menghasut.

Fuhhh...lama pulak aku dah xgaduh jual beli barang dgn pak arab..xada pak arab..melayu pun melayu r...

"Kak, saya nak pulangkan kerongsang ni...xjadilah beli...kira2 balik, mcm saya dah ari budgetlah" kataku kepada kakak yg jual 2..

"Dik, adik xboleh pulang balik lepas dah beli?"kata kakak 2 kepada aku..

"Asal lak, baru 5 minit je sy beli kat sini.. asal lak saya xleh pulang?? kat tmpt lain, ok je..saya xpakai pun lg. bukak pun belum" kata aku smbil menunjukkan kerongsang 2 dalam plastik..

"adik, saya dah rekod dah pembelian adik kat buku ni..nnt boss saya marah"katanya dgn muka yg marah..

"akak...ni kan ada liquid...boleh liquid balik...ni hah, ada je rekod yg akak dah potong.. sy nak pulang balik ni..kalau sy xdpt pulang balik, mcm mana sy nak balik naik taxi nnt?? xde duit" kataku dgn muka seposen...

"xbolehlah dik...dah beli xboleh pulang balik..awk cakap dgn boss saya ni" kata kakak itu smbl memberi handphonenya kepada saya.

"Salam aunty..saya td ada beli kerongsang..tp sy nak pulang balik..br je 5 minit sy beli..pakai pun belum..cuma saya xde duit nak balik ni"

" awk student ke? blaja kat mana?" tanya makcik 2 kepadaku

"ye..saya student..sy belajar kat egypt"

"Oklah..kalau mcm 2, awk ambil balik duit awk..."

"Terima kasih aunty..." aku tersenyum bangga kerana rasa kemenangan itu bpihak kepada aku..

Amik ko...yes...!!! aku memang...

kerek tul akak ni..boss dia ok je, akak 2 lak lebih2... dari beli td, muka kalah muka orang kena buasir...xmenarik perhatian lgsg..xpndi jaga hati customer..

Aku pun pergi meninggalkan kedai 2..

...........................................................................................................................

Aku mmg suka gaduh kalau beli2 barang ni..mungkin sifat 2 wujud sejak aku belajar di mesir..
Arab ni banyak menipu. kalau beli barang, ada je dia nak ketuk harga kat budak2 luar..kadang2 harga melampau2..contoh, harga asal seringgit, bila tgk orang malaysia je, harga terus naik rm10. Siapa xangin kan? siapa yg xreti gaduh, mmg slalu kena tipu jelah kat egypt 2..

walaupun mcm 2, tp yg bagusnya, egypt ni, kalau kita xpuas hati, kita boleh pulangkan balik barang yg kita tidak puas hati 2 wlpn kadang2 dah guna pun. siap kasi duit cash penuh. xada potong2 mcm kat malaysia..

Sebagai contoh, Aku pernah beli winter coat ZARA dgn harga 1000LE. Tp bila 4 hari 3 malam aku berfikir, aku rasa, ianya 1 pembaziran. aku pun mencuba nasib untuk memulangkan balik coat 2 kepada ZARA dan bawak resit kembali.. Xsangka! aku dapat duit aku full! Egypt is so awesome!!!

Pernah jugak, aku beli Begpack kat Adidas, jalan2 round2 1 shopping mall 2, tibe2 ternampak beg NIKE lg cun. aku pun berlari ke Store Adidas 2 dan pulangkan balik. 1 soalan pun diaorang xtanya. dan terus pulangkan balik duit aku secara FULL!! Bestkan egypt?

Masa aku pergi turki dulu pun, Turki lebih kurang mcm egypt, kita boleh pulangkan barang yg kita beli if kita xpuas hati. Xada masalah. Duit kasi Full. sampai aku naik segan..

Aku pun xpasti kenapa aku senang untuk berurusan dengan mereka bagi memulangkan barang yang pembeli xpuas hati berbanding dengan Malaysia, tanah tumpah darah aku sendiri?

Aku berfikir lagi...

Dulu aku beli handphone BB dgn cina, aku xpuas hati dgn keypadnya, senang je aku pulangkan balik. dia terus kasi aku set BB baru.

dalam hati aku, pandainya cina nak tarik pelanggannya.. dahlah muka dia xputus2 dgn senyuman..sejuk je hati tgk...

Aku berfikir lagi...akak td??

Muka mcm org kena buasir..
Dari beli smpi nak pulangkan barang pun, muka mcm kena buasir...Masam mencuka..
Senyuman mmg haram nak kasi..tgh2 deal pun, boleh main sms2 lg..panas tul hati..

oklah..aku pun try to think positive:
mungkin akak 2 betul2 kena buasir kot.. HAHA..maaflah kak....

.........................................................................................................................

Kesimpulannya
  • Janganlah Buat muka mcm kena buasir ketika deal dgn pelanggan.
  • Dalam undang2 perniagaan, customers is always right, walaupun pelanggan 2 salah. lama2 pelanggan 2 malu sendirilah
  • Harga xjadi masalah kalau layanan dia memuaskan hati.

P/s : Akak, kalau akak kena buasir, letak lah Vaseline kat tmpt buasir 2..hikhikhik




kalau saya ada...

kalau saya ada adik :

saya nak adik lelaki yg baru 1 tahun, fizikalnya yang gemuk, pipi yang merah. Alamak! saya mmg xpandai sikit main2 dengan baby ni. Tp saya suka. Saya suka picit pipi baby. tp bila depan orang, saya buat xheran pada baby 2. pahal dalam hati, rasa nak picit2 dan pulas2 pipi 2. saya pun xpasti kenapa saya malu sgt nak layan budak kecik kalau depan orang. mungkin sbb saya malu nk tunjuk. tp percayalah, kebanyakkan budak kecik amat selesa dgn saya walaupun saya sombong dengan mereka. hihi.. Sy suka kalau ada baby tidur kat lengan saya. xdapat baby pun, kucing pun jadilah. sbb suka kalau sy tgk tv, ada budak kecil duduk kat pangku saya.. sbb saya sy rasa nak picit pipi budak 2 budak 2 ada dekat je dgn saya. Saya suka kalau budak kecik mengadu kat saya walaupun saya xfaham apa yang di cakap. saya cuma layan dan cakap "alalala..ciannya dia..meh sini abg engok".. best2.. Saya juga suka menyakat budak kecik dan paling xlupa, saya suka peluk budak kecik kuat2.


Kalau saya ada isteri :

kalau saya ada isteri?? ermm..saya xpasti juga mcm mana layanan saya. Tp apa yang saya impikan. saya suka buat kerja sama2 dengan isteri saya. Mungkin sbb dulu sy selalu sorang2, tp bila ada isteri, sy kalau boleh dia masuk toilet pun, saya nak masuk jugak. temankan dia berak pun xpe. (ayat hyperbola) haha. kalau ada isteri, kalau boeh, sy xnak anak. Saya takut..xtahulah kenapa. mungkin jwpn sy skrg, sy xnak anak. tp xtahulah esok lusa mungkin saya nak 10 anak. :D Maafkan saya. saya mungkin workaholic satu hari nnt. kalau boleh, kalau isteri saya free, saya suka kalau dia dtg office saya, kita makan sama2! hihi..nnt kat office, saya nak letak gmbr dia kat meja supaya sy ada semangat nak kerja! chayok. kalau boeh, saya nak ajak isteri saya pg holiday.. "hey sayang..awk pun tahukan saya kuat jalan". sy mungkin xkan curang pada awk. tp nak memulakan semua 2, ambil masa. saya xpandai nak tunjuk dalaman saya pada awk.

kalau saya ada 100 billion USD :

kalau saya ada 100 billion USD, insyaAllah, saya akan sedekah sedikit kepada sesiapa yg dikehendaki. Saya juga nak tubuhkan tabung biasiswa untuk pelajar2 yg cemerlang dalam pelajaranya. Saya juga, nak bukak company yg besar2 dan ada Villa sendiri kat Dubai, dan mcm2. Sy nak ada jet sendri juga!!

Satu masa yang lalu






Wednesday, 16 February 2011

Tahukah Anda (2) ??

Kenapa kita digalakkan meminum susu selepas bangun tidur?

sbb badan kita semasa tidur berada dalam keadaan rest and relax dimana perut kita secrete juice yg bersifat asidic ketika itu. jadinya, dengan meminum susu, ia bertindak untuk mengneutralkannya kembali

Tahukah Anda (1) ??

  • Tahukah anda, bahawa, kita boleh membunuh anjing dengan memberinya memakan coklat.
Ini kerana, apabila anjing keracunan coklat, mereka akan diserangi sakit perut yang luar biasa disertai muntah bercampurkan darah dan berbau coklat. Mereka akan mengeluarkan air liur secara berlebihan dan gelisah. Rasa haus juga meningkat akibat cecair yang berlebihan keluar dari mulut. Keadaan akan bertambah parah lagi sekiranya mereka tidak diberikan rawatan sehinggakan boleh meningkatkan pernafasan dan air kencing yang mengandungi darah dan akhirnya mati

  • Tahukah anda bahawa, Kala jengking akan berasa marah apabila kita menuangkan cuka dibadannya sehingga dia boleh menyengat dirinya sendiri.